5 Punca Kenapa Anak Susah Bagi Mak Ayah Kahwin Lain

Kalau di Malaysia buat masa sekarang, tengah kecoh seorang hartawan yang mahu memenangi hati Datuk Seri Vida namun dalam masa yang sama, cinta mereka terhalang.

BACA: 3 Punca Kenapa Cik B Selalu Jadi Mangsa Buli Di Laman Sosial

Bukan terhalang dek apa, terhalang dek kerana anak DSV sendiri yang tidak mahukan lelaki tersebut menjadi bakal bapanya.

Perkara ini pernah dibangkitkan sebelum ini namun kini ia bagaikan mencapai kemuncak apabila lelaki berkenaan menyatakan hasratnya secara terangan untuk menjadikan DSV sebagai isteri yang sah.

Tidak senang dengan perkara tersebut dan lebih-lebih lagi lelaki berkenaan lebih muda daripada ibunya, penyatuan dua jiwa tersebut dilihat seperti tidak akan berlaku.

Respon Cik B sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi seorang anak yang sudah lama hidup bersama ibu tercinta.

Kami kongsikan 5 sebab mengapa anak-anak cenderung untuk tidak membenarkan ibu atau bapa mereka kahwin lain.

1. Ibu Atau Ayah Pelengkap Segalanya

Kebiasaannya anak-anak sudah terbiasa melalui kehidupan seharian bersama ibu atau ayah.

Malah mereka merasakan ibu atau ayah adalah pelengkap segalanya. Betapa bertuahnya anak yang mempunyai ibu atau ayah yang mampu membesarkan mereka tanpa bantuan orang lain.

Ikatan sebegini pastinya membuatkan anak sukar untuk menerima kehadiran orang baru di dalam kehidupan mereka yang sudah sempurna sebelum ini.

2. Takut Kehilangan

Tidak dapat dinafikan, wujud kejadian yang membuatkan anak rasa tersisih apabila ibu atau ayah kahwin baru.

Rasa kehilangan ini seterusnya akan membuatkan anak rasa tersisih sekaligus mudah untuk trigger anak untuk memberontak.

Ini bukan kisah rekaan, banyak kes sebegini yang membuatkan anak-anak turut murung.

3. Stigma Ayah Atau Ibu Tiri

Kebanyakan drama Melayu memaparkan sisi ibu atau bapa tiri adalah sebagai seseorang yang tidak baik dan sering mendera perasaan dan emosi.

Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda masyarakat sedangkan ramai juga yang bahagia bila ada ahli keluarga baru.

Kesan daripada itu, anak takut dan sukar untuk memberikan peluang buat orang baru mendalami dan mengenali keluarga mereka dengan lebih jauh.

4. Naluri Anak

Bab naluri anak ini kadang-kadang memberikan kesan yang yang sangat mendalam kepada kehidupan mereka.

Pertemuan dengan bakal ibu atau ayah pastinya akan memberikan gambaran seterusnya jika sudah berkeluarga nanti.

Malah anak-anak juga bijak menghidup perlakuan yang kurang menyenangkan daripada pasangan penjaga mereka dan pandangan mereka tidak seharusnya dipandang tidak serius.

5. Kematangan

Antara salah satu perkara yang turut menyumbang sama ada berjaya sesuatu perkahwinan tersebut adalah kematangan anak itu sendiri.

Biasanya jika anak sudah besar dan bekerjaya, mereka memahami bahawa ibu atau bapa mereka memerlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan bersama.

Namun tidak salah juga jika dikatakan bahawa kebanyakan daripada ibu atau bapa tunggal, memilih untuk bersama anak-anak mengharungi kehidupan.

Setiap memori yang tercipta pastinya lebih bermakna.

Apa pun, buat lelaki yang meminati DSV, tidak salah juga kiranya jika mencari jodoh ibu tunggal yang lain jika ditolak mentah-mentah oleh anak-anak usahawan kosmetik berkenaan.