Tidak dinafikan, sebut saja tentang hal perkahwinan lebih-lebih lagi mengenai duit hantaran, pasti ramai lelaki yang takut.
Mana tidaknya, ramai perempuan sekarang sudah berpelajaran tinggi dan berkerjaya, jadi ada yang meletakkan hantaran tinggi terutama ibu bapa.
Namun, lain pula bagi seorang bapa ini yang tidak mahu membebankan anak menantu dengan hantaran tinggi sehingga mahu memberikan diskaun.
Seperti yang dikongsikan di Twitter oleh Fariz Ahmad ini kisah dimana seminggu sebelum anak perempuannya dipinang.
Sebaik sahaja mendengar bakal menantunya itu mahu memberikan wang hantaran sebanyak RM20,000, dia yang meminta supaya nego lagi agar jumlah tersebut direndahkan.
Sudah pasti lelaki tersebut terkejut dengan permintaan bakal bapa mentuanya itu. Kata Fariz lagi, dia berbuat demikian kerana bakal pengantin nak pakai banyak duit untuk membina kehidupan baru selepas berkahwin nanti.
Di akhir perbincangan, Fariz akhirnya menerima wang cadangan daripada bakal menantunya yang tetap mahu memberi wang hantaran RM15 ribu.
Dalam entri tersebut, Fariz turut menutupkan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak membebnkan anak-anak dengan hantaran tinggi.
Ujarnya, apa yang lebih penting untuk selesaikan hal yang wajib dan ibu bapa juga turut sama membantu untuk membina kehidupan anak-anak.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap prihatinnya serta memahami kesukaran kehidupan selepas berumah tangga yang lebih memerlukan jumlah kewangan besar.
Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan pengalaman mereka ketika menerima lamaran daripada suami dimana bapa mereka tidak menetapkan nilai hantaran.
SUMBER: Twitter Fariz Ahmad & Kisah Dunia