Nampaknya masih belum reda lagi isu kluster oversea yang menjengkelkan dan bermacam kerenah sehingga satu demi satu cerita didedahkan oleh para doktor dan petugas barisan hadapan sendiri.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan luahan daripada rakannya, Ed Idrus yang juga bertugas sebagai frontliner. Menerusi perkongsian itu, dia ditugaskan untuk mengendalikan rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari Bali dan Jakarta.
My friend salah sorang petugas yg kena jaga manusia2 yang baru sampai dari Bali & Jakarta. Banyak cekadak macam baru balik dari kayangan! Puiii! pic.twitter.com/nJql0RLPOn
— President of Tired Moms' Club (@dellidrus) April 10, 2020
Difahamkan, kesemua mereka ditempatkan di pusat kuarantin Dorsett Putrajaya. Ed Idrus menyatakan bahawa mereka yang dikategorikan sebagai kluster ‘kayangan’ telah turun daripada pesawat dengan pelbagai barangan dan beg-beg besar.
Seperti tidak peka dengan situasi yang berlaku, ada yang turun berhimpit-himpit dan bergelak ketawa. Apabila diminta untuk melakukan penjarakkan diri, mereka seakan memerli arahan frontliner yang bertugas.
Lebih menjengkelkan apabila ada yang sudah awal-awal lagi meminta untuk bilik yang berhadapan Tasik Putrajaya. Malah, ada yang memilih hotel untuk didiami serta mahukan lauk hidangan mengikut ‘selera’ mereka sendiri.
Diakhir perkongsian, Ed Idrus turut mengatakan jika diberi pilihan mereka lebih suka menjaga pesakit dari kluster tabligh yang sangat menyenangkan berbanding kluster daripada luar negara.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bahawa kluster oversea itu hanya balik dari Indonesia sahaja tetapi sudah berlagak. Kata netizen lagi, mungkin mereka tidak pernah ke luar negara sehingga bersikap riak sebegitu.