YouTuber Korea Mengaku Gunakan Islam Untuk Raih Populariti

Sebut sahaja nama Youtuber Korea Selatan, Daud Kim pasti ramai mengenalinya lebih-lebih lagi selepas dia memeluk Islam tahun lalu dan sering berkongsikan info berkaitan agama.

Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu namanya hangat diperkatakan apabila dia dituduh merogol seorang wanita. Malah, wanita itu turut memuat naik video sebagai bukti tuduhannya itu.

Pelbagai kecaman diterima susulan pendedahan video tersebut, Daun Kim akhirnya memuat naik video memohon maaf secara terbuka kepada mangsa.

Tidak hanya memohona maaf kepada mangsa, dia turut memohon maaf kepada rakan-rakan serta saudara Muslim di Korea Selatan yang membuatkan imej Muslim di Korea Selatan terkesan.

Menjelaskan apa yang berlaku, Daud mengakui ketika itu dia mabuk dan pa yang diperkatakan mangsa adalah semuanya benar.

Namun apa yang mengejutkan, Daud Kim turut membuat pengkuan dimana dia menggunakan Islam untuk meraih populariti di laman YouTube. Ujarnya, dia berlakon baik dihadapan kamera semata-mata demi menarik penonton.

Katanya, selepas memeluk Islam dia masih melakukan perbuatan terkutuk meminum arak dan ke kelab malam. Daud Kim juga turut mengaku kerap keluar dengan ramai wanita yang banyak dikenalinya menerusi aplikasi dating.

“Saya mengaku menggunakan Islam hanya untuk meraih tontonan dan keseronokan tanpa mengambil kira hukum hakam agama.

“Saya berlakon jadi baik di hadapan kamera untuk raih populariti walaupun saya sebenarnya bukan begitu. Saya bertaubat dan minta maaf kepada yang menyokong saya selama ini.

“Selepas saya masuk Islam, saya banyak melakukan perbuatan terkutuk. Saya masih mabuk, minum arak dan pergi ke kelab malam. Saya juga keluar dengan ramai wanita.

Tidak cukup setakat itu, Daud Kim turut membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, rumah tangganya gagal dan memilih untuk bercerai bersama isterinya. Namun dia masih berhubung bersama isterinya untuk berjumpa dengan anaknya.

Diakhir video itu, Daud Kim sekali lagi memohon maaf serta umumkan mahu berundur diri dari media sosial. Malah, dia berjanji untuk mengubah dirinya serta menjadi seorang Muslim yang sejati.

https://youtu.be/f0s5GSAP36Y