Sentiasa mengikut trend dan bijak menambat hati anak muda dengan aktif di aplikasi TikTok, baru-baru ini perkongsian Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi perhatian ramai terutama kaum wanita.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Syed Saddiq berkongsi tips-tips bagaimana menjadi suami terbaik.
Syed Saddiq dilihat mengambil nasihat rumah tangga tersebut daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.
Lebih menarik, perkongsian itu turut memaparkan beberapa nasihat menjadi suami terbaik antaranya selalu berkongsi kerja rumah, bantu isteri menjaga anak, jangan menggunakan keganasan dalam rumah tangga dan jangan biarkan isteri bercakap seperti Doraemon.
Perkongsian Syed Saddiq itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan perkongsian tips-tips tersebut. Malah, ramai juga yang menawarkan diri untuk menjadi suri hati bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
SUMBER: Instagram Syed Saddiq