Asyik Terganggu Bekalan Air, Rakyat Selangor Mahu Air Percuma Bulan Depan

Semalam sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula jam enam petang. Difahamkan, ia merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sudah berkali-kali terjadi pencemaran air Sungai Selangor sehingga menyusahkan penduduk, ramai yang meluahkan rasa geram dan kecewa serta mempersoalkan mengapa masalah itu sering berulang.

Lebih membuatkan ramai berang apabila semua kini berada di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah pula dengan sambutan Deepavali Sabtu ini.

 

Dalam pada itu ada yang netizen mengatakan ini mungkin ‘karma’ di atas perbuatan manusia sendiri yang membuang sampah sesuka hati di dalam sungai sehingga berlaku pencemaran.

Melihatkan sudah banyak kali terjadi gangguan bekalan air, ada yang memberi cadangan pampasan perlu diberikan buat rakyat Selangor yang berdepan situasi tersebut.

Malah, ada yang mahukan air percuma bulan hadapan berikutan terjadi gangguan bekalan air sejak semalam. Netizen turut mencadangkan jika berlaku gangguan air pada bulan tersebut, perlu diberi air percuma pada bulan hadapan.

Dalam perkembangan terbaru, bekalan air ke kawasan terjejas akibat pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dijangka akan pulih secara berperingkat mulai jam 3 petang ini.

SUMBER: World of Buzz