Suami Bahasakan Diri ‘Abang’ Tapi Isteri Gelak Sebab Rasa Geli

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ada panggilan manja untuk suami masing-masing. Jika sebelum berkahwin ada yang memanggil dengan nama sayang ataupun booboo, selepas berkahwin mereka akan memanggil suami ‘abang’.

Namun berbeza dengan pasangan instafamous ini apabila reaksi spontan suaminya membahasakan dirinya sebagai abang kerana mahu mengusik isterinya ternyata menghiburkan netizen.

Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok itu, si isteri terkejut apabila suami menggelarkan dirinya abang dan terus memandang pelik pada suaminya.

Si isteri yang membuat reaksi muka pelik tergelak kecil dan meminta suaminya sekali lagi mengulang ayatnya. Mungkin geli dengan tindakan suaminya membahasakan dirinya abang, si terus berdekah dan spontan berkata “Kenapa abang? Eeee eeee”.

Suaminya yang tetap tenang meskipun isterinya ketawa mengatakan bukankah ianya perkara biasa untuk orang yang berkahwin memanggil suaminya abang.

Si isteri yang menyedari aksinya itu dirakam secara senyap-senyap, terus ketawa apabila mengetahui suaminya hanya sekadar mengusik sahaja.

Video pasangan itu tular sehingga trending di laman Twitter. Malah, si isteri turut memuat naik status di laman Twitter miliknya menjelaskan mengapa dia tidak mahu memanggil suaminya ‘abang’.

Diruangan komen TikTok, rata-rata netizen memuji kecomelan pasangan itu dan ada yang berkongsikan pengalaman mengakui ketika awal perkahwinan agak kekok membahasakan suami sebagai abang.

SUMBER: TikTok