Baru-baru ini tular video di media sosial rakaman panggilan telefon dipercayai dengan seorang lelaki yang kehilangan isteri akibat Covid-19 mengundang sebak dikalangan netizen.
Video perbualan yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Nur Adah itu kedengaran seorang petugas kesihatan memaklumkan kepada seorang lelaki bahawa isterinya sudah meninggal dunia.
Sebaik sahaja dimaklumkan tentang isterinya, lelaki berkenaan terus menangis, malah suara anak-anaknya kedengaran turut sama menangis.
Menerusi panggilan itu, si suami dengan nada sayu meminta kebenaran pihak hospital untuk berjumpa dengan arwah isterinya buat kali terakhir bersama tiga orang anak mereka.
Bagaimanapun, pihak hospital meminta si suami untuk hadir ke bilik mayat bagi proses pengengecaman mayat.
Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak dan turut sama mengangis, serta mengucapkan takziah buat keluarga itu.
Tidak kurang juga, ada yang mengingatkan bahawa Covid-19 bukan perkara main-main apatah lagi ramai yang bising apabila tidak dapat rentas negeri untuk pulang ke kampung di saat-saat genting ini.
SUMBER: Kosmo!