Bukan mudah untuk mendidik anak pada zaman sekarang ditambah pula di zaman teknologi dimana kanak-kanak kecil mudah terdedah dengan perkara negatif.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang ibu bernama @ammi.miazil_kaklong mengenai anaknya yang berada di darjah tiga mendapat surat cinta dari murid lelaki.
Namun, isi surat cinta itu bukan biasa-biasa. Alangkah terkejut si ibu apabila melihat surat berkenaan mempunyai unsur lucah.
Apa yang mengejutkan, surat itu memaparkan lakaran berada di dalam tandas dan budak lelaki itu melukis dia bersama Mia tidur bersama di atas katil.
Kata wanita itu lagi, sebaik sahaja melihat isi kandungan surat berkenaan dia terus memaklumkan kepada guru kelas untuk memantau budak lelaki tersebut serta memaklumkan kepada ibu bapanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan surat berkenaan serta tidak menyangka budak sekolah rendah sudah terdedah dengan perkara itu.
Malah, netizen turut meminta ibu bapa di luar sana supaya lebih peka dan memantau anak-anak ketika menggunakan telefon pintar.
SUMBER: TikTok