Baru-baru ini tular video mengenai seorang bodyguard yang kelihatan menarik badan salah seorang orang awam demi memberi laluan kepada VIP untuk masuk lif.
BACA: Kerana Harga Tuala Wanita Wanita, Anak Zahid Hamidi Dikecam Netizen
Ternyata perkara tersebut menimbulkan rasa marah dan juga tidak puas hati di kalangan netizen. Hendak dijadikan cerita, rupa-rupanya bodyguard tersebut sedang mengiringi Datuk Seri Zahid Hamidi.
Bertindak dengan kadar pantas, Caprice telah memuatnaik video reaksi terhadap kejadian tersebut sebagaimana kebiasaan yang dilakukannya apabila melibatkan isu yang sedang viral.
Menjelaskan bahawa bodyguard tersebut sepatutnya lebih beradab dan tidak bertindak kasar, Caprice turut mempersoalkan SOP untuk menaiki lif tersebut.
Bagaimanapun perkara itu ternyata mengundang rasa tidak puas hati anak kepada Zahid Hamid iaitu Nurul Zahid. Dia kemudiannya menghantar hantaran kepada Caprice melalui Instagram Story.
“I dah DM u. Bukan u takda whatsapp i minta i explain. Semua benda nak dijadikan content sampah,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Nurul Zahid bersuara dan menjadi perhatian di laman sosial. Sebelum ini, Nurul Zahid turut mendapat perhatian gara-gara kenyataannya berhubung tuala wanita.
Apa-apa pun, rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengawal tersebut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.