Baru Semalam Keluar Dating, Hari Ini Kekasih Jadi Tunang Orang Lain

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun, tiada siapa tahu apa akan terjadi pada ‘esok’ hari.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok perkongsian daripada seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa apabila kekasihnya bertunang secara senyap dengan orang lain.

Lebih mengecewakan, sehari sebelum itu bergelar tunangan orang mereka sempat keluar dating bersama.

Menerusi perkongsian itu, lelaki berkenaan turut berkongsikan paparan skin perbualan WhatsApp dengan bekas kekasihnya itu yang kantoi bertunang secara senyap.

“Hebat permainan dia, semalam keluar elok-elok, hari ini dah jadi tunang orang lain, manusia memang tak ada hati perut macam ni gamaknya,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati serta memberikan kata-kata semangat kepada lelaki berkenaan.

Diruangan komen, lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata semangat kepadanya. Ujarnya, jika gadis itu memberitahu sudah ada teman lelaki dia tidak akan tergamak untuk mendekatinya.

Diharap lelaki itu tabah dengan ujian tersebut dan semoga dipertemukan dengan pasangan yang tepat suatu hari nanti.