Beg Sekolah Anak Hampir 10 Kilo, Ibu Bapa Akui Anak Mengadu Beg Berat

0
3402

Tidak dinafikan pelajar sekarang berdepan dengan masalah membawa beg berat ke sekolah. Bagaimanapun, jika diperkatakan di media sosial, ada segelintir individu dengan sinis mengatakan bahawa generasi sekarang terlalu manja.

Baru-baru ini, seorang guru Mohd Fadli Salleh berkongsikan dimana seorang guru Matematik mengajar tjuk Jisim di dalam kelas.

Untuk menunjukkan contoh, guru tersebut membawa alat penimbang untuk menimbang beg murid-murid. Secara purata beg murid Tahun 2 seberat 5 kilogram dan paling berat sekitar 8.3 kilogram.

Fadli berkata apabila dia menyuarakan mengenai isu itu ada yang mengatakan anak-anak sekarang dimanjakan sedangkan ianya berkaitan isu anak-anak.

Katanya lagi, tidak boleh bandingkan dengan zaman dahulu yang hanya 7 hingga 8 subjek tetapi kini 12 hingga 15 subjek.

Malah, zaman dahulu hanya perlu membawa buku teks dan bukut tulis namun sekarang ditambah dengan buku aktiviti, buku rujukan/ latihan tambahan.

Katanya lagi, masalah beg berat boleh membahayakan kesihatan anak-anak dan perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut, bukan hanya terus melabel budak sekarang manja.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Fadli turut berkongsikan komen daripada ibu bapa yang mengatakan anak terpaksa bawa beg sekolah membongkok kerana perlu menampung berat beg.

Lebih parah jika membawa beg berat dan perlu menaiki tangga ke kelas yang mungkin berada di tingkat atas. Tidak kurang juga ada ibu mengadu anaknya baru darjah 1 namun perlu membawa beg berat setiap hari dan bimbang jika tumbesarannya terbantut.

Apa pun diharap isu ini dapat dipanjangkan kepada pihak berwajib untuk mengatasi masalah tersebut. Yang mengkritik generasi sekarang manja apabila mengadu membawa beg berat mungkin tiada anak sehingga tidak memahami masalah berkenaan.

SUMBER: Facebook Mohd Fadli Salleh & Majoriti.com