Buat ‘Projek’ Dalam Kereta Depan Masjid, Sudahnya Kena Kepung Dengan Lori Dengan Orang Awam

Jika kita ternampak kereta atau kenderaan berada di tempat atau lokasi yang sunyi, pasti akan terfikirkan perkara tidak baik.

Pasti ada yang terfikirkan mereka di dalam kenderaan itu melakukan aktiviti tidak senonoh. Namun, ada juga yang berani untuk melakukan perbuatan terkutuk di siang hari.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok menggunakan nama Nami Diela yang menyaksikan sebuah kereta berada di lokasi sunyi.

Difahamkan, ketika itu dia bersama sekumpulan kru pergi ke satu tempat untuk membuat penggambaran. Namun, apabila sampai ada satu kereta di kawasan tersebut dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki satu pasangan.

Mereka kemudiannya beradang untuk mengepung kereta yang dinaiki pasangan tersebut supaya sedar perlakuan tidak senonoh itu sedang diperhatikan orang lain.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan orang awam tersebut dalam menangani kejadian itu.

Dalam pada itu, lebih mengejutkan netizen apabila individu itu memberitahu lokasi itu juga berhadapan dengan masjid.

Difahamkan, pasangan tersebut keluar sendiri dari kereta untuk meminta supaya mengalihkan kenderaan agar mereka dapat beredar dari tempat berkenaan.

SUMBER: Kisah Dunia & TikTok