Duit Berterabur & Disepak-Sepak, Netizen Bimbang Rezeki Iqbal Ditarik Sekelip Mata

Baru sahaja reda mengenai kisah cintanya dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, namun nama usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli terus menjadi bualan ramai.

Jika sebelum ini kecoh apabila Iqbal mencampak duit berkepuk-kepuk dihadapan wartawan, kali ini usahawan itu menyepak-nyepak duit yang bertaburan di atas lantai.

Tular video tersebut di media sosial, tindakan Iqbal itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila memijak duit di atas lantai itu.

Rata-rata netizen mengkritik tindakannya itu yang seolah riak dan mahu menunjuk kekayaan. Malah ada yang meluahkan rasa bimbang seandainya rezeki Iqbal ditarik sekelip mata kerana tindakannya itu.

Kata netizen lagi, inilah masalah manusia apabila jadi kaya terus lupa diri dan bersikap riak. Ada juga netizen mengatakan, lebih baik hidup cukup makan kerana bimbang akan lupa diri.

Dalam pada itu, ada yang juga mengaitkan sikapnya itu dengan kisah perkahwinannya sebelum ini apabila anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B tidak bersetuju apabila ibunya mahu berkahwin dengan Iqbal.

Ada sahaja kisah mengenai Iqbal ini. Semalam, Iqbal baru sahaja melancarkan lagu singlenya berjudul Hujan. Setakat ini muzik video lagunya itu sudah mendapat lebih 400 ribu tontonan di YouTube.