Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular foto mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak di samping seorang wanita yang sedang memaut lengannya.
Foto tersebut sekaligus mencetuskan spekulasi netizen mengenai desas desus sebelum ini dimana Najib Rajak didakwa telah berkahwin lain namun ianya hanya khabar angin.
Bagaimanapun, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh menerusi satu perkongsian di Instagram ‘mengesahkan’ perkara itu.
Menerusi entri itu, Iesya dilihat memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen mendakwa wanita itu bukan skandal dan halal.
Iesya turut mempersoalkan apabila perkara itu viral seolah Najib Razak sahaja ahli parlimen yang berkahwin lebih dari seorang.
Diruangan komen Iesya turut menjawab soalan netizen yang bertanyakan siapa gerangan wanita itu. Iesya menjawab wanita tersebut merupakan bekas isteri komposer Fauzi Marzuki.
Sementara itu, ramai yang meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan Iesya Toh itu serta ada segelintir netizen meninggalkan komen sindiran mengenai perkara itu.