Indonesia Kurung Rakyat Ingkar Perintah Kuarantin Di Rumah Berhantu

Tidak mampu lagi bersabar dengan sikap ramai rakyat yang tetap berdegil serta ingkar perintah kuarantin COVID-19, sebuah bandar di Indenesia memutuskan untuk menempatkan mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan itu di ‘rumah berhantu’.

Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowat memberitahu tujuan beliau mengeluarkan arahan tersebut bagi menyekat kemasukan orang luar ke daerah tersebut selepas Jakarta dan beberapa bandar besar yang lain mengisytiharkan perintah berkurung.

Malah, Sukowati telah mengarahkan penduduk setempat untuk menggantikan rumah usang yang ditinggalkan menjadi tempat untuk menempatkan mereka yang ingkar. Setakat ini, lima pesalah dilaporkan telah dimasukkan ke dalam rumah usang menyeramkan itu.

Rumah yang sudah lama ditinggalkan itu dilengkapi dengan tilam serta bantal sambil dipisahkan dengan tirai.

Difahamkan, setakat ini seramai tiga orang yang baru tiba dari bandar lain dikurung di rumah yang menyeramkan itu untuk menghabiskan waktu kuarantin mereka selama dua minggu.

SUMBER: Mediacorp

Leave a Reply