Kehidupan di Korea Utara merupakan satu kehidupan yang mungkin sangat berbeza dengan apa yang kita selalu alami di sini.
BACA: YouTuber Korea Mengaku Gunakan Islam Untuk Raih Populariti
Malah jika anda nak tahu, di Korea Utara, pemerintah mereka mengharamkan untuk memakai jean dan menyifatkan perkara tersebut sebagai ‘pakaian Barat’.
Malah antara perkara lain yang turut diambil berat di sana ialah kepanjangan skirt, bentuk kasut dan juga gaya rambut. Hebat bukan kawalan kerajaan mereka terhadap rakyat?
Pengharaman yang dilakukan oleh Kim Jong-un itu sebenarnya adalah di atas dasar kebimbangan mengenai penduduk yang tinggal berhampiran sempadan dengan China semakin terdedah kepada dunia luar.
Memetik laporan Harian Metro, mereka juga turut mengadakan operasi membanteras pemakaian ala Barat.
Menurut laporan wartawan warga Jepun, Ishimaru Jiro yang bekerja di sana, semakin ramai rakyat Korea Utara terpengaruh dengan budaya Barat.
Lebih mengejutkan lagi, Kim Jong-Un dalam masa yang sama turut mengarahkan kaum lelaki di negara tersebut untuk meniru gaya rambutnya selain mengehadkan panjang rambut kepada dua sentimeter sahaja.
Sementara itu, bagi kaum wanita, mereka diarahkan untuk meniru gaya rambut isterinya, Ri Sol-ju.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Harian Metro