Percintaan sesama makhluk ini sesungguhnya meruntun pelbagai pengorbanan. Masa, kewangan dan tidak kurang juga menagih emosi yang berat setiap kali berhadapan dengan hati manusia.
BACA: Gembira Isteri Hamil Selepas 3 Tahun Kawin, Luluh Hati Suami Bila Dapat Tahu…
Baru-baru ini tersebar satu video yang dikongsikan di laman sosial, memperlihatkan seorang wanita bersama seorang lelaki di sisinya.
Daripada perkongsian tersebut, terlihat juga lelaki tersebut bersama seorang lagi lelaki sedang berjabat tangan persis majlis akad nikah.
Tidak mampu menahan sebak, wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan dilihat sempat menyapu air mata di saat melihat suaminya bernikah dengan bekas kekasihnya.
Sementara itu, melalui penjelasan di portal Kosmo! Online, tindakan suami menikahi bekas kekasihnya yang dipercayai terjadi di Indonesia itu adalah kerana wanita berkenaan sakit tenat dan memerlukan penjaga.
Tidak kurang juga komen yang ditinggalkan netizen yang beranggapan bahawa apa yang mereka lihat itu lebih kurang seperti filem Ayat-Ayat Cinta malah ada juga yang mempertikaikan kesahihan video tersebut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Kosmo! Online