Sejak tahun lalu pelajar menjalani Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tidak dinafikan bukan mudah untuk melalui kelas secara atas talian terutama buat pelajar kerana memerlukan disiplin apatah lagi belajar di rumah.
Baru-baru ini, seorang pengguana Facebook Nurzuhaili Shamdusin berkongsikan gambar soalan karangan Bahasa Inggeris buat pelajar tingkatan 3.
Menurutnya, ramai pelajar meninggalkan jawapan kosong dan tidak kurang juga ada yang meminta maaf kerana tidak dapat menjawab soalan diberikan.
Namun, menurut Nurzuhaili jawapan daripada seorang pelajar ini membuatkan dirinya termenung seketika apabila menulis ayat daripada video-video viral di TikTok.
Perkongsiannya itu mendapat mengundang kemarahan netizen serta menyifatkan tindakan pelajar tersebut sangat biadab apatah lagi meninggalkan jawapan sedemikian. Kata netizen jika tidak tahu untuk menjawab adalah lebih baik jika dibiarkan sahaja kertas itu kosong.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa sedih melihat generasi sekarang yang tidak beradab dan ada kemungkinan disebabkan lama sangat tidak ke sekolah membuatkan mereka bersikap sedemikian.
Sementara itu, ada yang mengakui ketika zaman sekolah dahulu mereka juga nakal tetapi tidak sampai tahap biadab pada guru mereka. Banyak cabaran buat guru-guru dan pelajar sekarang, namun tidak bermakna pelajar itu perlu bersikap biadab pada guru mereka.