Negara India merupakan salah satu negara yang mempunyai jutaan cerita berbeza buat mereka yang pernah berkunjung ke sana.
BACA: Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai Sugar Daddy
Lebih menarik lagi, oleh kerana jumlah penduduk yang sesak di sana, pelbagai kerjaya kendiri wujud demi mencari sesuap nasi.
Baru-baru ini, tular di sosial media apabila perkongsian seorang rakyat Malaysia dengan nama akaun @fakhrulaizat69 di TikTok yang mencuba servis korek telinga yang boleh didapatkan di sana.
Hasilnya cukup memberangsangkan namun dalam masa yang sama ia menimbulkan prasangka sama ada ketulan yang keluar daripada telinga tersebut adalah betul-betul datang dari telinga atau sebaliknya.
Malah beberapa cairan awal yang keluar daripada telinga itu kemudiannya hanya dilesetkan di bahagian jari saja.
Kami kongsikan video pendek tersebut dan anda nilailah sendiri.
@fakhrulaizat69 Taktaw real ke scam bhaiya ni!padahal selalu korek tinge.apa2 pun stimm weh korek! haha 😂 😁 ##fyp ##fypdongggggggg ##foryoupage ##fypシ゚ ##india ##culture
Menerusi beberapa carian kami di laman Youtube, perkhidmatan mengorek telinga pelancong ini sebenarnya sudah lama wujud di sana.
Cuma kesanggupan anda untuk nak cuba atau tidak saja di sana. Namun antara taktik yang digunakan oleh pengorek telinga jalanan ini adalah dengan menambah caj perkhidmatan secara berperingkat.
Melalui perkongsian video di bawah pula, individu berkenaan berusaha memujuk pelancong berkenaan untuk mengorek kedua belah telinga selain turut menambah bayaran sekiranya menggunakan ubatan yang didakwanya berkesan untuk membersihkan telinga.
Apa yang pasti, perkongsian daripada akaun TikTok tersebut yang kami percaya dirakam sebelum pandemik sebenarnya dalam masa yang sama turut menyemarakkan kembali rasa untuk kembali berjalan di negara luar.
Jadi, bila kali terakhir anda korek telinga?
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.