Anda masih ingat atau terbayang bagaimana kucing anda pergi meninggalkan anda buat selamanya? Pasti terkenang segala memori dari kecil sehingga besar, bukan?
BACA: Ramai Menangis Lihat Kucing Minta Nyawa, Netizen Mahu Pemukul Kucing Ditangkap
Itulah apa yang dialami seorang penyelamat gorila di Congo apabila haiwan yang pernah diselamatkannya itu menghembuskan nafas terakhir bersamanya.
Gorila yang bernama Ndakasi sebelum ini pernah viral pada tahun 2019 gara-gara gambar selfie-nya bersama penyelamatnya, Andre Bauma.
Gambar tersebut ternyata berjaya mengukir senyuman buat warga internet yang melihatnya namun ada cerita yang lebih dahsyat di sebaliknya.
Semuanya berpunca daripada kekejaman manusia sendiri yang tidak berhati perut.
Siapa Andre Bauma
Andre Bauma sebenarnya adalah salah seorang penyelamat haiwan.
Mengimbas kembali zaman kecilnya, Ndakasi sebelum ini telah diselamatkan oleh Bauma ketika berusia dua bulan.
Situasi Ndakasi ketika itu sangat menyedihkan – dia berpelukan dengan ibunya yang sudah mati akibat ditembak kumpulan bersenjata di Taman Negara Virunga di Congo, Afrika.
Lebih 10 tahun Ndakasi dibesarkan Bauma dan rakan-rakannya bagi membantunya untuk pulih dari trauma akibat kehilangan ibu.
Gambar saat akhir persahabatan di antara Ndakasi dan Bauma ternyata menyentuh hati netizen lebih-lebih lagi Ndakasi mengembuskan nafas terakhirnya di dalam pelukan Bauma.
Ndakasi dilaporkan mati kerana sakit berpanjangan pada usianya 14 tahun, 26 September lalu.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Daily Star