KKM: Wanita Berpurdah Wajib Pakai Pelitup Muka

Melihatkan gelombang ketiga COVID-19 yang menyerang negara kita mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat lebih-lebih lagi apabila kes yang dicatatkan melonjak naik mendadak sejak minggu lalu.

Malah, pakar menjangkakan gelombang ketiga yang menyerang negara ini dijangka berlarutan hingga awal tahun depan seiring peningkatan kes jangkitan virus itu di seluruh dunia.

Menerusi sidang media harian hari ini, Dr Noor Hisham telah menjawab beberapa soalan daripada pihak media secara langsung melibatkan kekeliruan yang masih lagi perlu diperjelas kepada umum.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1319222405433159680

Difahamkan, salah satu daripadanya adalah berkenaan pemakaian pelitup mulut bagi wanita yang berpurdah ataupun beniqab.

Menerusi jawapan yang diberikan, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa mereka juga wajib memakai pelitup muka sama ada pelitup muka perubatan atau bukan perubatan seperti yang disyorkan WHO.

Dalam perkongsian status oleh KKM di Twitter menjelaskan, mereka yang berpurdah boleh memakai pelitup muka di bahagian dalam seperti biasa sebelum melitupnya dengan kain purdah.

SUMBER: KKM