Bukan mudah menjadi seorang anak lebih-lebih lagi jika ada ibu bapa yang meminta melakukan pengorbanan kerana jasa mereka melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa.
Itu yang dilalui seorang pemuda ini yang menerima notis kebankrapan dari pihak mahkamah selepas gagal untuk membayar pinjaman bank bernilai RM200,000.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia, pemuda itu mendedahkan dia membuat pinjaman berkenaan kerana ibu bapa yang meminta berbuat demikian kerana mahu membuat rumah.
Kata pemuda itu yang bekerja dalam sektor kerajaan berkata dia kini terbeban untuk membayar pinjaman berkenaan.
Pemuda itu meminta padangan daripada laman Facebok tersebut mengenai apa yang akan terjadi selepas diisytiharkan muflis.
Diruangan komen, ada netizen bertanyakan adakah ibu bapanya tahu mengenai masalah dihadapi dan pemuda itu berkata mereka mengatahui tentang perkara itu.
Kata pemuda itu lagi, dia juga diminta untuk selesaikan pinjaman tersebut kerana sudah menjadi tugas sebagai anak.
Malah, pemuda itu berkata ibu bapanya enggan mengaku dirinya sebagai anak jika tidak berbuat demikian dan itu juga adalah cara untuknya membalas jasa mereka yang menjaganya ketika kecil.
Lebih menyedihkan, pemuda itu berkata jika dia enggan mengikut kata, ibu bapanya mengugut mahu membuangnya daripada keluarga.