Mengidam Naik Stroller Bayi, Netizen Kecam Ibu Hamil Ini Mengada-Ngada

0
17516

Sudah menjadi perkara biasa ada segelintir wanita hamil mengidam untuk makan sesuatu atau berkeinginan pelik dek kerana pembawakan budak.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok dikongsikan oleh seorang usahawan Farhana Zahra yang memuat naik video dirinya menaiki ‘stroller’ bayi sambil ditolak oleh suaminya di tempat awam.

Tidak mahukan makanan yang sukar diperolehi mahupun menaiki kereta mewah Lamborghini, sebaliknya wanita itu hanya mengidam untuk menaiki stroller bayi sambil bersiar-siar.

Menerusi satu video lain, Farhana turut meluahkan rasa terharu kerana suaminya tidak jemu untuk melayan kehendaknya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami kehendak wanita yang mengidam sesuatu ketika hamil.

Namun, ada yang mengecam serta memberikan komen sindiran kepada wanita itu yang disifatkan ‘mengidam mengada-ngada’.

Kata seorang netizen lagi, boleh sahaja lawan rasa mengidam itu namun ada yang mengada kerana terlalu melayan perasaan itu. Sementara itu, ada yang meluahkan rasa bimbang stroller tersebut akan patah kerana ianya adalah untuk kanak-kanak.

SUMBER: TikTok