Remaja 15 Tahun Tikam Bayi Sejurus Selepas Bersalin

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di temui meninggal dunia dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kemaman semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi yang cukup sifat itu cedera di dada kiri akibat ditikam dengan objek tajam.

BACA: Ini Kisah Sedih Bayi Dipukul Bapa Sehingga Maut Yang Viral Di Laman Sosial

Menurut polis, ketika kejadian suspek dikatakan meminta bantuan rakannya berhubung kelahiran itu dan tiada ahli keluarga berada di rumah.

Rakannya kemudian menghubungi kakitangan kesihatan untuk memaklumkan kelahiran berkenaan dan kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.

“Petugas itu juga menemui kesan luka dipercayai tikaman di dada bayi terbabit dan membuat laporan polis pada 10 pagi tadi,” katanya.

Ibu bayi malang berkenaan sudah pun ditahan untuk saisatan lanjut, malah pihak polis sudah mengenal pasti lelaki yang menyebabkan remaja itu mengandung hingga melahirkan anak.

Difahamkan, remaja itu adalah mangsa rogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan.