Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti impikan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Namun, kita tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Seperti wanita ini yang hanya sempat merasa perkahwinan selama 8 hari sahaja selepas diceraikan suami.
Tular kisahnya di media sosial, wanita dikenali sebagai Eka S Rufaidah itu berkata dia dan suaminya bernikah pada 6 Mac 2022 namun diceraikan pada 14 Mac.
Berkongsikan kisahnya di Twitter, Eka berkata dia berkenalan dengan suaminya itu melalui sesi taaruf selepas menerima CV melalui emel pada 26 Februari 2022.
Di pertemuan pertama, suaminya terus ajak nikah dan ketika itu lelaki berkenaan turut membawa kedua orang tuanya.
Bagaimanapun, selepas berkahwin dia baru mengatahui suaminya menderita, Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Menurut wanita itu lagi, pada awalnya dia tiada masalah dengan OCD suaminya itu namun ianya semakin parah hari demi hari.
“Setiap peralatan di rumah perlu disteril dan dia juga tidak suka orang lain mengemas jika rumahnya dalam keadaan berselerak,” katanya.
Lebih teruk, wanita itu memberitahu dia pernah dimarahi kerana tidak mencuci beras dengan cara suaminya. Berang dengan keadaan itu, suaminya memintanya untuk membuang beras berkenaan ke tong sampah.
Hubungan mereka semakin parah apabila sehari sebelum diceraikan wanita itu meletakkan bantal tidur di peha untuk meredakan sakit perut akibat senggugut.
Namun, suaminya secara tiba-tiba membentaknya serta mengatakan dia seorang isteri yang tidak taat.
Keesokan harinya, Eka meminta untuk pulang ke rumah orang tuanya tanpa dihantar, namun akhirnya menerima mesej daripada suaminya yang menceraikannya menerusi WhatsApp.
SUMBER: Wolipop