Fakta Sedih Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing Sebak?

0

Bercakap tentang kucing memang seronok tapi dalam masa yang sama, setiap hari jugak kita belajar perkara baru pasal kucing ini.

BACA: Ramai Menangis Lihat Kucing Minta Nyawa, Netizen Mahu Pemukul Kucing Ditangkap

Antara fakta menarik tentang kucing yang kebanyakan orang tahu ialah bila kucing ada 3 warna, purata kucing itu betina adalah tinggi.

Sementara itu, kami juga baru-baru ini belajar benda baru melalui satu perkongsian di Twitter mengenai kucing yang berwarna putih – bermula dari sebuah video kucing yang disangka mati tapi sebaliknya hanya tidur.

Melalui perkongsian tersebut, secara mudahnya kami ringkaskan, kebanyakan kucing putih yang mempunyai mata berwarna biru adalah berpotensi pekak.

Perkara itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sama berkongsikan sedikit sebanyak tentang haiwan kesayangan mereka itu.

Melalui perkongsian daripada netizen juga, kebanyakan mengakui kucing putih mereka agak pekak apabila dipanggil.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu kucing putih ini, bolehlah tambah pengetahuan lebih sikit di sini.

Che Ta Lancarkan Inai Harga ‘Rahmah’ Buat Semua

0

PETALING JAYA: Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.

Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.

Terbaharu, dilancarkan pula Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 pada 3 Mac lalu dalam satu majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara dengan sentuhan dekorasi, Mahligai Creative.

Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama dan duta ‘kecil’ jenama inai berkenaan, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.

“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.

“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.

“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” kata Che Ta.

Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.

Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.

“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua.

“Untuk butiran lanjut boleh ke laman sosial, @Mazaville di platform Instagram dan TikTok,” kata Anas.

Anas memberitahu, Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna.

“Ada warna Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel yang seakan warna perang atau coklat pekat disatukan dalam set ditawarkan,” kata Anas.

Pada acara gilang gemilang penuh mega itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.

Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.

Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.

5 Perkara Tak Logik Yang Ramai Tak Tahu Pasal Bangunan Besar Di China Ini

0

Jika kami nak anda teka, bangunan apakah ini, kami jamin tekaan pertama anda pasti salah. Kami sendiri terkejut apabila mengetahui tentang perkara sebegini mampu terjadi di negara China.

BACA: Ini Punca Kenapa Namewee Diharamkan Di Negara China

Tidak mahu habiskan masa korang, kami kongsikan beberapa perkara menarik tentang rahsia bangunan ini yang mungkin masih ramai belum tahu.

1. China menghadapi kekurangan daging babi akibat wabak African Swine Fever yang mengakibatkan kematian jutaan babi.

2. Berpunca dari situ, wujud kekurangan stok dan menyebabkan harga daging babi melonjak – seterusnya membebankan pengguna selain turut memberi kesan kepada ekonomi negara.

3. Sebagai usaha untuk mengatasi kekurangan bekalan babi tersebut, China kini sedang tangkas membangunkan pelbagai fasiliti pengeluaran daging babi yang lebih moden dan efisyen.

4. Hasilnya, pelbagai cara ditemui malah mereka turut menggunakan teknik genetik canggih untuk menghasilkan babi yang lebih sihat.

5. Bagaimanapun, usaha ini pastinya memakan sedikit masa sebelum industri daging babi betul-betul pulih di China. Buat masa sekarang, China masa menghadapi kekurangan bekalan bahan tersebut dan terpaksa bertahan dengan harga yang lebih tinggi.

Sumber: The Guardian

Gadai Gelang Emas RM5,000, Ini Kisah King Laksa Sarawak Yang Kini Jana RM7 Juta

0

KUALA LUMPUR: Niat asal yang sekadar membantu suami akhirnya membenihkan rasa cinta buat pemilik empayar perniagaan King Laksa Sarawak, Nur Alya Mona Jikim, 38, untuk serius membina masa depan dalam dunia makanan dan minuman (F&B).

Malah dengan minat dan kesungguhan yang ada, anak jati Sarawak ini enggan menoleh ke belakang dalam mengangkat jenama makanan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2017.

Malah hingga kini, jenama makanan popular di bumi Kenyalang berdaftar di bawah Rizalya Sdn Bhd itu sudah mempunyai dua cawangan restoran di Kota Samarahan dan ICOM Square.

“Insya-Allah cawangan ketiga akan dibuka Januari tahun depan di Metro City, Matang, Kuching.

“Malah sebelum itu, kami bangkit di era pandemik COVID-19 dengan penuh optimis membuka cawangan kedua di ICOM Square. Permintaan dan peningkatan jualan juga mendadak naik ketika itu.

“Insya-Allah fokus lima hingga 10 tahun ke depan lagi, kami bercadang membuka beberapa lagi cawangan di bandar besar di sini. Setiap cawangan juga disasarkan mendapatkan keuntungan RM4 juta setahun,” kata isteri kepada Rizal Jamali ini.

Bertindak sebagai pengarah dan isteri pengasas jenama itu, Nur Alya Mona bercadang meneroka peluang dengan melebarkan francais atau perlesenan bagi penambahan cawangan di Sarawak.

“Lima tahun mendatang juga, kami bercita-cita membuka cawangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berkemungkinan awal tahun 2024, kami jangka akan buka cawangan di Bangsar. Insya-Allah dalam masa sama mengintai peluang untuk membuka cawangan di luar negara.

“Malah dalam masa sama, kami mahu terus memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan tercinta menerusi motto Positive Customer Experience Journey. Ia termasuk menyediakan manual operasi perniagaan bagi pasukan kerja dan pengurusan menjalankan aktiviti harian membabitkan pelanggan termasuk maklum balas sebarang ketidak puasan hati pihak mereka.

“Tentunya, visi kami sendiri adalah memasak dan menghidangkan makanan berkualiti tanpa kompromi kepada pelanggan. Misi saya juga mahu mengangkat menu dan masakan kebanggaan Sarawak ini ke mata dunia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Mengintai kembara perjalanannya sebelum menumpukan perhatian 100 peratus kepada perniagaan F&B, Nur Alya Mona pernah menimba pengalaman kerja dalam pelbagai bidang.

Ia termasuklah koordinator projek Teknologi Maklumat, penasihat hutang peribadi, kerani dan pengurus perniagaan.

“Tapi akhirnya dunia perniagaan F&B yang menjadi pujaan hati. Saya menceburi perniagaan ini juga dengan 1001 ujian dan cabaran.

“Saya juga memulakan perniagaan ini dengan mendapat bimbingan syarikat RichWorks kendalian Datuk Wira Azizan Osman. Demi ilmu dan keinginan untuk menyertai kelas dianjurkannya, saya nekad menggadaikan gelang emas pertama berharga RM5,000. Dengan bimbingan itu jugalah saya dapat menjalankan perniagaan dengan betul dan mempunyai hala tuju yang jelas tentang perniagaan saya.

“Saya akur berniaga ini tak boleh semberono. Kena ada ilmu. Saya kini bersyukur menguruskan 52 staf selain memiliki kilang dan ibu pejabat. Tekan pautan https://linktr.ee/kinglaksasarawak untuk lebih lanjut,” katanya.

Jenama ini kini juga melebar luaskan perkhidmatan termasuk katering, acara korporat dan private.

“Kepakaran kami tentunya menyediakan Laksa Sarawak dengan udang bersaiz besar, isi yang sangat manis, kuah pekat dan likat. Tak ketinggalan pes sambal King Laksa juga menjadi kegilaan ramai.

“Keuntungan jualan juga ketara bermula hanya dari RM373,351 pada 2017 hingga angka 7 juta pada tahun ini.

“Saya juga buka peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan dengan bimbingan yang kuat daripada kumpulan kami”kata penerima Anugerah Top SME CEO dan Top 500 Trust Brand Award, Majlis Tindakan Pengguna Negara pada tahun ini.

Dalam pada itu, jenamanya termasuk Laksa Sarawak sendiri menjadi pilihan selebriti popular.

“Mereka termasuklah Ella, Alyah, Ernie Zakri, Sweet Qismina, Adam Lee, Daler Yusuf, Yana Samsudin, Zizan Nin, Mas Idayu, Ismail Izzani dan pempengaruh seperti Kasih Leona Iris dan Nur Sajat,” kata pemenang kategori Promising Brand Food & Beverage, Bumiputera Business Excellent Business ini.

Hampir Cerai & Digelar Mandul Namun Asbab Jeli Usahawan Ini, Semuanya Berubah

0

KUALA LUMPUR: Pemilik empayar perniagaan, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, Syarifah Khyra Muhsin tersentuh apabila produk viral keluarannya, suplemen berasaskan jeli, Bellrossa Advances atau #jellyajaibviral terus menjadi pilihan ramai wanita termasuk selebriti popular.

Malah tanpa berselindung, pemilik nama penuh, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin, 30, berkata, setiap kali meneliti testimoni pengguna terhadap keberkesanan produknya, dia pasti mengalirkan air mata.

Tambah Syarifah Khyra, senario positif itu terus membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian asbab memakan jeli fenomena dipasarkan.

“Ada yang hampir bercerai sebab tak dikurniakan anak. Ada yang dihina berbakul-bakul dengan mentua kerana tak mampu memberikan cucu. Tak kurang yang diherdik dan dipandang sinis kerana belum ada anak hingga suami minta mencari jalan.

“Malah ada digelar dengan panggilan jahat iaitu mandul kerana tak mampu melahirkan anak. Namun asbab jeli saya dan izin Tuhan, derita itu bertukar bahagia.

“Ada testimoni yang sudah lapan tahun berkahwin, namun dengan izin menjadi pengguna jeli ini, pasangan itu dikurniakan cahaya mata. Semuanya paparan realiti hidup yang pahit dilihat, namun setiap usaha itu pasti ada hasil indah,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini bersyukur kerana produk jelinya yang terkenal dengan tagline sekali sedut, tak cari lain itu mampu menyuntik senyum ramai wanita dari anak dara hingga ke usia emas.

“Lebih beruntung produk jeli ini juga menjadi kepercayaan ramai selebriti popular tanah air. Termasuklah Neelofa, Rozita Che Wan, Elfira Loy dan Syatilla Melvin.

“Malah kebanyakan daripada artis itu digunakan khidmat mereka mempromosikan tanpa terlalu ‘hardsell’. Ternyata selebriti ini sendiri mengakui khasiat jeli berkenaan seperti wanita lain.

“Pendek kata, ramai wanita diberi kesempatan indah untuk hamil, suami makin sayang, dalaman diri makin cantik asbab menggunakan produk jeli ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra sendiri takjub melihat kebahagiaan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail saat dikurniakan Muhammad Bilal.

“Saya mahu ramai lagi golongan wanita mengecapi nikmat hidup sama seperti Neelofa dengan kehadiran cahaya mata. Insya-Allah. Kita jangan putus harap dan usaha ya!

“Semoga produk jeli ini dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah dan 30 peratus campuran jamu ini terus menjadi pelengkap kaum Hawa.

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, cyst, fibroid, hubungan kelamin selain komplikasi kulit. Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri daripada serangan virus.

Tekan pautan https://nak.info/felleraskinhq untuk lebih lanjut,” katanya.

Serentak dengan itu, Syarifah Khyra turut mengumumkan, bermula 20 hingga 27 Disember ini akan diadakan jualan hujung tahun dengan diskaun sehingga 15 peratus.

“Ini masanya untuk membeli jeli ajaib ini dengan harga istimewa. Yang sudah menggunakannya sebelum ini, boleh beli lagi buat stok. Yang belum pernah mencuba pun, inilah masa untuk merasai faedah dan keberkesanannya,” katanya

Prihatin Ramai Tak Mampu Beli Rumah, Co-opbank Pertama Tawar Pembiayaan Cecah RM10 Juta

0

KUALA LUMPUR: Soal kemampuan rakyat Malaysia memiliki kediaman bukanlah isu baharu bahkan sering dibahaskan setiap masa oleh semua lapisan masyarakat.

Walaupun kerajaan berhempas-pulas membantu rakyat khususnya golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri menerusi pelbagai inisiatif termasuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan pengecualian cukai keuntungan hartanah (RPGT) bagi hartanah melebihi lima tahun, sebenarnya ia masih tidak mencukupi.

Laporan PropertyGuru sebelum ini menunjukkan lebih separuh rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, termasuk menerusi skim perumahan yang ditawarkan kerajaan disebabkan pelbagai faktor yang menjurus kepada aspek kewangan.

Justeru, Co-opbank Pertama (CBP) turut mengambil inisiatif menawarkan pembiayaan perumahan-i Al-Amali berkonsepkan Murabahah Tawarruq.

Malah lebih istimewa, jumlah dan had pembiayaan ditawarkan mencecah sehingga RM10 juta.

“Ini antara usaha CBP untuk membantu orang ramai memiliki rumah dengan kadar serendah 3.25 peratus dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

“Jenis pembiayaan yang kami tawarkan termasuklah dalam kategori rumah siap, dalam pembinaan, dan lelongan.

“Tidak ketinggalan kategori yang ditawarkan merangkumi pembiayaan semula baki pembiayaan rumah dan mencagar semula rumah,” kata CBP menerusi satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu lagi, CBP menawarkan pembiayaan perumahan ini khusus untuk warganegara Malaysia.

“Mereka yang memohon termasuklah yang bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil.

“Umur pemohon juga adalah tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.

“Selain itu mereka yang mahu memohon tiada rekod muflis atau bankrap atau mempunyai rekod dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka perlu mempunyai rekod baik dengan bank atau mana-mana institusi kewangan,” kata CBP.

Kata CBP lagi, permohonan secara bersama adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua orang.

“Dengan syarat pemohon juga mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan yang terdekat,” kata CBP.

CBP turut memberi pengecualian secara tangguhan menerusi tempoh diperuntukkan bagi pembelian rumah dalam pembinaan yang syarat pengeluaran adalah secara berperingkat-peringkat.

“Justeru, pelanggan dikehendaki membayar keuntungan bulanan sebenar sahaja semasa dalam tempoh tangguhan mulai bulan pertama pengeluaran dibuat sehingga ke bulan pengeluaran terakhir atau tamat tempoh tangguhan yang mana terdahulu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan produk perbankan yang ditawarkan boleh berkunjung ke 29 buah cawangan CBP di seluruh negara atau layari www.cbp.com.my atau hubungi CBP di talian 1-300-88-7650.

Tekan pautan https://youtu.be/GZn54AfeSRU untuk lebih lanjut.

Dari Make Up Artis, Wanita Ini Kini Pertaruh Produk Kecantikan Ramuan Pakar Switzerland

0

KUALA LUMPUR: Dunia kecantikan sudah sebati dengan pengasas dan pengarah Haus Cosmetics, Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Jalil.

Wanita kelahiran Pahang ini sendiri sudah 17 tahun menimba pengalaman dalam dunia berkenaan.

Malah wanita berstatus ibu kepada tiga cahaya mata berusia 40 tahun ini pernah bergelar jurusolek atau ‘make-up’ artis selama enam tahun dari 2006 hingga 2012.

Sekitar 2013, Eiyma mula berjinak-jinak dalam dunia pengilangan kosmetik. Malah kesungguhannya dengan apa dilakukan juga dapat dilihat dengan tertubuhnya empayar kosmetik Haus pada 2017.

Terbaharu jenama kebanggaan milik bumiputera ini melancarkan sekali gus mendedahkan suplemen kecantikan, Beaubright yang dirumus khas hasil kolaborasi bersama saintis dari Switzerland yang juga Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zullie.

“Selepas produk laku keras, Magicpink Compact Powder yang terjual lebih 50,000 unit sejak di pasaran Februari lalu, kami meletakkan pertaruhan terbaharu, Beaubright ini. Ia dilancarkan sejak Oktober lalu.

“Taruhan baharu ini dilaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland diketuai Dr Fred.

“Sebagai tunjang jenama ini, saya sentiasa mengambil berat mengenai kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan. Kami juga tak pernah mengetepikan soal kualiti dalam penghasilan produk,” katanya yang pernah diiktiraf kejayaan produk terbabit menerusi anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award.

Menurut Eiyma yang pernah sezaman dengan jurusolek artis seperti Najeeb Azami dan Nuex Rosli, dia juga berbangga menjadi pengusaha legasi niaga yang memiliki dua kilang kosmestik selain sebuah lagi kilang suplemen sendiri di tanah air.

“Setakat ini kilang dimiliki berpengalaman dalam menghasilkan formula kosmetik unik. Malah saya sendiri bertindak sebagai Pengarah R&D di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd di Cheras sejak 2013.

“Rangkaian produk kami juga halal dan selamat sekali gus diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.

Anak sulung dari empat beradik ini menambah hingga kini jenama berkenaan yang dijual sekitar harga RM29 hingga RM89 sudah memiliki lebih 5,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia.

“Malah kami juga sedang melakukan gerak gempur untuk menambah lebih ramai pengedar. Boleh tekan pautan https://linki.ee/haus untuk lebih lanjut.

“Insya-Allah jualan produk bagi tempoh sebulan sudah melepasi 10,000 unit secara purata. Kami juga mensasarkan jumlah unit yang terjual setiap bulan akan terjual lebih tiga kali ganda,” katanya.

Dalam pada itu, wanita memilki tahap pendidikan dalam ijazah sarjana teknologi maklumat ini turut mengumumkan penyanyi Marsha sebagai penyanyi lagu tema jenama produknya berjudul Cantik Luar, Cantik Dalam.

“Marsha sendiri antara penyanyi tempatan kegemaran saya kagumi mutu vokalnya sejak dia mencipta nama di Akademi Fantasia musim ketiga hinggalah melonjak nama selepas memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) 36,” katanya yang berpegang moto jadi diri sendiri dan konsisten dalam apa dilakukan.

Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™, Hithion™, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.

Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’.

Rasa masam manis campuran beri seperti strawberi, beri biru, anggur hitam dan bearberry juga menjadi antara tarikan utama suplemen ini selain mudah digunakan dan disahkan halal.

Suplemen ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas yang memiliki masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai suplemen Beaubright, kunjungi laman sesawang Haus Cosmetics atau lawati media sosial Haus Cosmetics di Facebook, Instagram dan Tiktok sekarang.

Dr. Azizan: Rakyat Malaysia Bertanggungjawab Turun Mengundi

0

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia yang layak bertanggungjawab turun mengundi untuk memilih pemimpin yang akan memacu negara ini.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, pengundi yang layak wajib apatah lagi sebagai umat Islam menjalankan tanggungjawab untuk memilih calon yang dapat mewakili mereka.

Katanya, namun pengundi dinasihatkan agar bukan sekadar mengundi untuk pangkah semua yang hanya merosakkannya.

“Setiap satu undi anda bererti, jika kita pilih pemimpin yang baik ia akan jadi dokongan untuk mewakili sesuatu parlimen dengan orang yang baik.

“Saya bercakap tentang manusia, di mana setiap pengundi memilih orang yang akan menjadi wakil mereka nanti,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam laman Facebook Azizan Osman Official semalam.

Beliau difahamkan berucap ketika sambutan ringkas hari kelahirannya yang dihadiri anak didiknya dan usahawan yang berhampiran di pejabat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Dr. Azizan menambah, setiap orang juga sebenarnya merupakan pemimpin sejak dalam kandungan ibu lagi malah sedang memimpin diri ini.

“Seperti mana hadis Nabi Muhammad SAW, setiap pemimpin bertanggungjawab kepada sesiapa yang mereka pimpin.

“Justeru, kita mempunyai hak untuk memilih maka kita semua juga sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada siapa yang diundi,” jelasnya.

@azizanosman.com Nak Undi Siapa? #AzizanOsman #TeamRichWorks #undi #jommengundi ♬ original sound – Datuk Wira Dr Azizan Osman

Dalam pada itu, Dr. Azizan turut meminta agar pengundi untuk tidak persiakan undi mereka.

“Jika kita rosakkan undi, anda sama seperti pemimpin yang tak bertanggungjawab.

“Jadi pilihlah mereka yang akan berikan kebaikan kepada Islam sebab saya orang Islam dan mereka yang akan menyokong dan mendokong kebaikan agar negara ini dapat hidup dengan aman sejahtera,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Azizan juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala-gala yang diterima hingga hari ini termasuk memberikan beliau masa ‘bonus’ agar dapat terus memberi manfaat dan membantu orang ramai khususnya usahawan meningkatkan tahap ekonomi dan kewangan mereka.

Beliau akan terus melakukan apa yang dilakukan untuk menjadi seorang manusia bermanfaat kepada ramai orang di luar sana.

Pada awal tahun lalu, Dr. Azizan dijangkiti Covid-19 bersama 31 ahli keluarganya hingga ibu mertuanya meninggal dunia malah beliau sendiri hampir saja maut selepas berada pada tahap kritikal hingga doktor menyatakan sudah tiada harapan.

Selebriti Pun Percayakan Jelly Bellrossa Advances, Rupanya Mampu Bantu Masalah Ramai Wanita

0

Jelly Bellrossa Advances pilihan selebriti malaysia, suplemen paling menjadi di Malaysia, pemilik empayar bisnesnya anjur majlis Bollywood penuh meriah.

Gara-gara minat, usahawan kecantikan yang kini viral, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau Syarifah Khyra Muhsin menganjurkan majlis bertemakan Bollywood di bawah payung syarikatnya, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, pada Sabtu.

Sinonom dengan tagline ‘sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang’, acara itu sekaligus mempromosikan suplemen atau makanan tambahan jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.

Kongsinya di Instagram, dia teruja kerana majlis yang dianjurkan itu seolah tak ubah seperti berada di Mumbai.

“Masa kecil selalu tengok Hindustan satu family hari Sabtu, selalu berangan nak menari kat dance floor. Semalam dah jadi macam berada di Mumbai, tetamu semua sporting. Alhamdulillah semua dipermudahkan.

“At first nervous giler sebab lama tak buat event besar macam ni. Tapi semua happy and tak puas sampai ke balik pun bahu duk goyang lagi. My team always high energy! Duk Goyang bahu saja bagi release stress kami ni kerja kuat non stop.

“Alhamdulillah semua happy. Happy bila tengok team happy. My team will always be my VVIP guest,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Malah kongsinya lagi, dia memang pasang impian untuk anjurkan majlis seupamanya.

“Khyra cakap kat team… “sy nak dance floor” sebab memang Khyra bayangkan nak buat dalam citer hindustan tu. Memang pengaruh drama. Kita kalau nak buat sesuatu kena bersungguh kan.

“Ni khyra tak practise pon. Just rehearsal nak tau arrangement je petang tu. Alhamdulillah menjadi jugak,” kongsinya lagi.

Turut hadir pada majlis sama ialah aktres Rozita Che Wan, Elfira Loy dan kumpulan Ruffedge yang membuat persembahan.

Sementara itu, penangan kecantikan bintang K-Pop dan obses untuk sentiasa cantik serta sihat biarpun berstatus ibu kepada tiga anak mendorong Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau lebih dikenali dengan nama Syarifah Khyra Muhsin mengeluarkan produknya sendiri.

Bermula dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit sejak 10 tahun lalu, pemilik empayar syarikat Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd ini kemudiannya menumpukankan kepada suplemen atau makanan tambahan popular iaitu jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.

Menurut wanita berusia 30 tahun berasal dari Terengganu, percaturannya mengeluarkan produk selamat diguna dalam bentuk jeli kecantikan dan kesihatan dengan 16 bahan makanan tambahan termasuk campuran vitamin, ekstrak buah serta jamu itu membuahkan hasil.

Malah jeli yang terkenal dengan tagline sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang itu turut menjadi pilihan ramai selebriti wanita tanah air yang menjadi di Malaysia sebagai pelengkap tenaga dan keperluan utama kaum hawa.

“Syukur jeli dikeluarkan menjadi suplemen wajib makan bagi mereka yang bergelar wanita. Ia bukan 100 peratus jamu. Sebaliknya kandungan jamu hanya 30 peratus penggunaannya. Selebihnya berasaskan vitamin dan esktrak buah.

“Malah saya juga menjadi antara pengeluar produk pertama yang mengeluarkan suplemen dalam bentuk jeli yang tidak pahit seperti kebanyakan produk jamu. Kita sasarkan 100,000 kotak jeli sebulan dan seterusnya 1 juta kotak dalam tempoh enam bulan.

“Produk ini dikeluarkan sejak 2019. Setahun sebelum itu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan. Namun produk ini meledak tahun ini termasuk selepas menjadi pilihan artis seperti Neelofa, Rozita Che Wan dan Syatilla Melvin dan Elfira Loy,” katanya usai majlis anjuran bertema Bollywood diadakan 29 Oktober lalu di sebuah lokasi di ibu kota.

Tambah Syarifah Khyra lagi, kepuasan dan keberkesanan produk jeli itu diluluskannya sendiri sebelum dijual.

“Saya akui mengeluarkan produk ini awalnya untuk kepuasan diri. Saya memang obses nak cantik dan jaga badan. Saya tak mahu tua sebelum usianya.

“Produk ini dihasilkan bukan semata-mata kerana wang. Tapi ia melalui proses kajian dan R&D untuk menyelesaikan masalah orang perempuan.

“Malah saya juga mengkaji suplemen dari Korea yang dimakan berasaskan jeli. Malah negara berkenaan juga ada mengeluarkan topeng muka berasaskan puding. Nak lebih lanjut tekan pautan https://nak.info/felleraskinhq,” katanya yang turut melakukan penjenamaan semula Fellera Beauty kepada Fellera Skin pada 2019.

Kata Syarifah Khyra lagi, produk suplemen berkenaan mempunyai pelbagai manfaat dan faedah khusus buat wanita dari anak dara hingga usia emas.

Selain jeli, jenama ini turut mengeluarkan produk Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki. Kedua produknya hanya dijual dengan harga mampu milik di bawah harga RM80.

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, hubungan suami isteri hambar, kahwin lama tak dikurniakan anak dan komplikasi masalah kulit.

“Malah di era pandemik dan pasca COVID-19, produk jeli ini turut dapat membantu masalah berbangkit. Ini kerana jeli ini juga mempunyai rumusan kandungan bahan yang tinggi antioksida.

“Pendek kata, ia suplemen lengkap buat wanita. Malah saya dapat tahu ramai artis yang sanggup membelinya sebagai kegunaan harian. Saya juga menggunakan khidmat artis tanpa terlalu ‘hardsell’ atau menggunakan nama mereka. Sebaliknya, biar mereka mencuba dahulu dan merasai keajaibannya,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra berkata hingga kini jenama naungannya itu mempunyai lebih 3200 pengedar.

“Selain mengajak ramai menjadi pengedar dan berniaga, saya juga menganjurkan kelas mengajar teknik pemasaran mempraktikkan amalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

“Ia termasuklah berkonsepkan pemasaran kerohanian dengan mengimbangi duniawi serta syurgawi. Selain berniaga, saya galakkan pengedar memperbetulkan diri ke arah kebaikan supaya rezeki lebih murah.

“Begitu juga saya terapkan doa berniaga dan amalan harian amalan bagaimana. Insya-Allah saya mahu terus sebarkan manfaat jeli dan jus ke seluruh dunia,” katanya.

Fakta Sedih Tentang Kucing Putih Mata Biru Ini Buat Peminat Kucing...

0
Bercakap tentang kucing memang seronok tapi dalam masa yang sama, setiap hari jugak kita belajar perkara baru pasal kucing ini. BACA: Ramai Menangis Lihat...