Tular Video Mabuk Di Kelab Malam, Peminat Kesal Daud Kim Hanya Gunakan Islam Untuk Konten

0
63874

Sebut sahaja nama Youtuber Korea Selatan, Daud Kim pasti ramai mengenalinya lebih-lebih lagi selepas dia memeluk Islam pada 2019 dan sering berkongsikan info berkaitan agama.

Bagaimanapun, sekitar 2020 hangat diperkatakan apabila YouTuber itu dituduh merogol seorang wanita. Namun, Daud Kim akhirnya memuat naik video memohon maaf secara terbuka kepada mangsa.

Terbaru, nama YouTuber itu kembali trending di Twitter apabila tular beberapa video memaparkan Daud Kim berada di sebuah kelab malam dan mabuk bersama rakan-rakannya.

https://twitter.com/iqahcadburry/status/1492012352861925384?

Menurut netizen, video tersebut agak baru dimana ianya dirakam pada Disember 2021. Susulan video tular itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kesal kerana tindakannya itu mencerminkan ajaran Islam.

Malah, ada peminatnya mendakwa Daud Kim seolah mempergunakan Islam demi konten dan meraih jumlah pengikut semata-mata.

Bukan itu sahaja, malah ada netizen memuat naik status mengecam Daud Kim yang dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya.

Netizen turut meluahkan rasa kasihan terhadp isteinya yang sudah memberikan peluang kedua namun tetap dihancurkan oleh Daud Kim.

Sementara itu, tular video TikTok isterinya Mia yang menunjukkan anggota badannya cedera dipercayai dipukul oleh Daud Kim.

Dalam pada itu, ada peminat yang mengatakan sejak kontroversinya terdahulu dia sudah tidak percaya dengan YouTuber itu lagi serta mendakwa Daud menggunakan agama untuk populariti.

SUMBER: Twitter & The Vocket