Video Youtuber Masak Pulut Untuk Rai Birthday Ibu Undang Kesedihan, Netizen Terkenang Arwah Ibu

Tidak dinafikan semakin ramai anak muda berjinak dengan dunia YouTube dengan melakukan vlogging sebagai punca pendapatan. Malah, ramai anak muda berjaya mencipta nama melalui platform tersebut.

Namun bukan mudah untuk bergelar YouTuber kerana perlu tampil dengan konten yang menarik dan lain daripada yang lain.

Seperti seorang YouTuber dikenali sebagai MarBitter-Malaysia Village Food ini ternyata konten yang dikongsikan membuatkan kita rindukan kampung halaman.

Baru-baru ini, jejaka berasal dari Terengganu yang disapa sebagai Mar itu berkongsikan video memasak kek pulut kuning bersama rendang daging sempena ulang tahun kelahiran ibu tercinta yang ke-75.

Meskipun video dikongsikan hanya santai dan simple sahaja namun rata-rata netizen memuji Mar yang menghargai ibu serta terus berbakti kepada permaisuri

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih kerana terkenangkan ibu mereka yang sudah tiada ataupun kini berada jauh di perantauan.

Sementara itu, ada yang mengatakan suka melihat konten anak muda berkenaan sekaligus dapat memberi pendedahan kepada mereka yang membesar di bandar tentang suasana kampung.

Memang seronok tengok suasana kampung YouTuber berkenaan. Lagi buat teringat dekat kampung bila tengok penggiling batu dan masak menggunakan dapur lama.