Viral Video Makan Sisa Makanan Meja Sebelah, Netizen Bersatu Kongsi Kisah Zaman Susah

Bila kita bercakap pasal bab makanan ini, mesti kita pernah tengok di restoran atau kedai makan yang pinggan-pinggan di meja sebelah masih banyak tak habis, kan?

BACA: Guru Hempas Anak Autism Sebab Tak Nak Makan, Undang Kemarahan Ibu Bapa & Netizen

Bagi yang pernah melalui zaman sukar, pastinya perkara sebegini dilihat sebagai satu pembaziran.

Salah satu perkonsgian yang viral di laman sosial baru-baru ini turut membawakan isu pembaziran makanan ini tapi pengakhirannya berbeza.

Lelaki di dalam video berkenaan pada mulanya melihat meja sebelah yang mana makanannya masih banyak tapi orangnya sudah beredar keluar kedai.

@wiliam.dot

Ambill gaaa…

♬ original sound – Wiliam.dot

Bagaimanapun, tak lama lepas itu, lelaki berkenaan terus mengambil kentang goreng tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

@wiliam.dot

Malu abis wkwk

♬ original sound – Wiliam.dot

Tidak dapat dinafikan, mungkin ada segelintir daripada kita yang merasakan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan namun sebenarnya, ramai juga yang geram kerana makanan tersebut dibiarkan sedemikian.

Melalui ruangan komen di laman Facebook, ternyata perkara tersebut turut pernah dilalui oleh netizen.

Kisah sebegini sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita miliki, kan?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.