“Kita Gelakkan Orang Beratur Beli KFC, Tapi Tak Sedar Ada Yang Tak Mampu Makan Sedap”

0
13795

Umum mengetahui, semalam restoran makanan segera KFC diserbu orang ramai yang mahu mendapatkan tawaran istimewa iaitu 2 set Snack Plate dengan hanta RM20 sahaja.

Malah, tular di sosial media ramai yang terpaksa beratur panjang dan menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan tawaran tersebut. Disebabkan terlalu ramai pengunjung ada yang terpaksa beratur sehingga luar pintu restoran.

Melihatkan keadaan tersebut, ada sesetengah pihak memperlekehkan individu yang sanggup beratut lama semata-mata untuk mendapatkan tawaran tersebut yang disifatkan tidak berbaloi.

Tidak kurang juga ada yang membandingkan kesanggupan beratur itu dengan perkara lain seperti pergi ke masjid.

Dalam pada itu, ada yang menyelar sikap netizen yang merendahkan mereka yang sanggup beratur serta mengorbankan masa bagi mendapatkan promosi tersebut dengan mengatakan jangan sesekali gelakkan golongan yang beratut membeli KFC kerana ada yang tidak mampu makan sedap-sedap seperti kita.

Seorang pengguna Facebook ini juga tampil menyedarkan mereka yang memperlekehkan golongan tersebut dimana mungkin mereka ada anak-anak yang ramai dan tidak berkemampuan nak beli sebelum ini.

Katanya lagi, tidak perlu mengkritik kerana mungkin mereka hanya dapat merasa sekali sakala sahaja dan mungkin ada anak yang inginkan makanan segera itu.

Hari ini di KFC

Di sana ada mereka yang punya anak-anak yang begitu inginkan KFC, anaknya ramai, tak mampu dibahagiakan semua. Maka datang promosi ini, ia rela walau berjam lamanya perlu beratur. Untuk anak anak.

Takkanlah kerana mereka berpusu hari ini untuk dapatkan KFC, kita membandingkan mereka dengan tidak pula berpusu ke masjid. Kita kenalkah setiap seorang yang beratur itu.

Saya lebih hormati mereka yang beratur mendapatkan KFC murah dari mereka yang berasak mendapatkan tudung mahal. KFC barangkali untuk bahagiakan anak-anak. Tetapi tudung mahal barangkali kepuasan sendiri. Pun begitu, saya tidak pernah merendahkan golongan ini. Dia minat, tak apalah dia nak beli. Cuma disamakan dua situasi ini, amatlah tidak tepat.

Ketiganya, saya melihat di jalanan tadi tiga empat cawangan KFC dipenuhi drive-thru nya dengan kereta-kereta mewah dan orang-orang kaya yang turut berpusu. Entah mengapa saya tidak gemar dengan situasi itu. 

Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kali ini yang kaya dan mampu ke KFC setiap minggu, beri laluan sebentar kepada golongan kurang mampu, yang mungkin jumpa KFC setahun sekali. Jika kita sendiri pun berpusu, jika stok habis, alangkah sedihnya bila keluarga miskin tadi tak sempat mendapatkan ayam yang mereka idamkan, Sedang anak anak menanti di rumah.

Jangan kita merendahkan golongan pemberatur KFC yang miskin yang ingin merasa sekali sekala. Tapi kalau nak kecam juga, kecamlah si kaya yang turut berebut, sedang KFC dalam peti ais rumahnya pun belum habis dimakan.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana harga KFC boleh dikatakan agak mahal bagi sesetengah keluarga yang kurang mampu.
Dalam pada itu, ada yang kurang senang apabila melihat mereka yang membawa kereta mewah atau yang berkemampuan turut beratur untuk mendapatkan promosi tersebut. Kata netizen, apalah salahnya jika beri peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan terlebih dahulu.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂
SUMBER FOTO: DailyMakan