Wabak pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada pelbagai sektor sehinggakan ramai yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja seperti biasa malah ada yang kehilangan pekerjaan.
Seperti yang dihadapi oleh Ahmad Rashidi Mohd Nazri sebelum ini bekerja sebagai seorang juruterbang pesawat komersial di sebuah syarikat penerbangan komersial terkemuka Emriah Arab Bersatu (UAE) sebelum menyertai skim pemberhentian kakitangan susulan pandemik Covid-19.
Hampir 11 tahun mengendalikan pesawat menjelajah seluruh dunia sejak 11 tahun lalu dan bergelar Pegawai Pertama Boeing 777, Ahmad Rashidi kini menjadi pemandu van jenazah sejak dua bulan lalu.
Meskipun sudah sekian lama mengendalikan pesawat namun Ahmad Rashidi tidak kekok dengan ‘kerjaya’ baharunya itu. Difahamkan, Ahmad Rashidi menjadi sukarelawan pengurusan jenazah percuma Amalteam.
Malah, lelaki berusia 37 tahun itu juga turut menawarkan diri untuk menjadi pemandu van jenazah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Menurutnya, sejak Julai lalu dia kembali ke tanah air dan meneruskan kehidupan sambil mencari peluang lagi untuk kembali menyarung seragam juruterbang yang sudah sebati dengan jiwanya.
Walaupun sudah meninggalkan kerjaya dengan gaji yang lumayan namun dia reda dan menganggap ia adalah masa untuknya kembali membantu masyarakat. Malah, dia berkata puas apabila dapat membantu mereka yang membantu memerlukan sekaligus mengejar saham akhirat.
SUMBER: Harian Metro