FamilyMart Beri Aiskrim Percuma Buat Anda Lahir Bulan Mac

Ini semestinya berita gembira buat mereka yang lahir pada bulan Mac kerana kedai serbaneka popular, FamilyMart akan memberikan aiskrim secara percuma.

Ini bukanlah kali pertama FamilyMart menghadiahkan aiskrim secara percuma untuk pelanggan mereka, bulan lalu FamilyMart dengan murah hati menawarkan aiskrim percuma buat mereka yang lahir bulan Januari.

Manariknya, aiskrim perisa Belgian Dark Chocolate kegemaran ramai kini kembali lagi.

Cara untuk dapatkan aiskrim secara percuma mudah sahaja. Anda perlu muat turun aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda dan mendaftar menjadi ahli.

Kemudian pergi ke bahagian reward atau ganjaran, pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus aiskrim percuma anda.

Promosi khas ini hanya sah sehingga 31 Mac 2020 di kesemua cawangan FamilyMart seluruh Malaysua kecuali di Genting Highlands dan KLIA2.

Siapa yang lahir bulan Mac cepat-cepat dapatkan aiskrim percuma dan buat peminat aiskrim perisa Belgian Dark Chocolate jangan lepaskan peluang kerana tawaran dalam tempoh terhad sahaja.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

2 Comments

Leave a Reply