Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Golongan Muda Mengeluh Walaupun Gaji RM3,000

1
8495

Sudah memasuki tahun 2020 apa yang pasti kos sara hidup jauh berbeza dengan zaman dahulu. Jika dahulu dengan RM50 kita boleh membeli barang penuh satu troli tetapi kini hanya dapat sebakul sahaja.

Malah, harga barangan ketika zaman 80-an dahulu jauh lebih murah berbanding hari ini. Bukan itu sahaja, jika dahulu harga rumah teres sekitar RM40,000 tetapi kini mencecah RM300,000.

Jadi tidak hairanlah golongan muda sekarang sukar untuk memiliki aset mereka sendiri. Bagaimanapun, ada yang menganggap generasi muda sekarang seolah terlalu manja meskipun memperoleh gaji lebih tinggi berbanding suatu ketika dahulu.

Seorang pengguna Facebook, IR Abdul Rahman ini pasti akan membuka mata orang ramai mengapa gaji sebanyak RM3,000 tidak cukup untuk golongan muda zaman sekarang.

Hairan aku dengan budak muda sekarang ni, gaji dan RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu…

Isu survival hidup bukanlah satu topik asing yang nak dibincangkan. Tapi bila aku dengar ada seorang warga pencen berbual sesama mereka semasa beli nasi lemak pagi tadi, membuatkan aku terpanggil untuk menulis posting ini. Jelas di gegendang telinga aku bila terdengar ayat:

“Hairan aku dengan budak muda sekarang ni gaji dah RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu tahun 80an gaji RM1.5k je hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda. Dapat juga makanan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!

Aduh..berdesup menusuk hati bila dengar ayat-ayat pedih macam tu. Aku terfikir juga kenapa generasi aku struggle gila nak hidup zaman ni. Betul ke generasi aku ni manja?

Ke, kami ni memang tak reti nak survive? Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi. Mana silapnya?

So, aku pun buatlah study sikit nak buat comparison

Tahun 1980an

Gaji: RM 1,500 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 13,000
Double Cheeseburger: RM2.95

Tahun 2020

Gaji: RM 3,000 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 108,000
Double Cheeseburger: RM9.45

Jom kita compare:

1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:

RM 3,000 / RM 1,500

Result = Kenaikan 2x ganda

2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an

RM 280,000 / RM 25,000

Result = Kenaikan 11x ganda!!

3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an

RM 108,000 / RM 13,000

Result = Kenaikan 8.3x ganda!!

4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an

RM 9.45 / RM 2.95

Result = Kenaikan 3.2x ganda! Yes, nampak macam best. Nilai gaji naik 2 kali ganda. Tetapi, generasi hari ni.

• Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur, kena usaha 11 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.

• Kalau nak beli Honda Civic, kena usaha 8.3 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.

• Kalau nak makan Double Cheeseburger, kena usaha 3.2 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.

Standard masa kerja tahun 80an dengan tahun 2020 sama je 8 jam, tak berubah-ubah, jadi kepada Pakcik tadi. Adakah ini bermaksud kami generasi muda,

• Kena kerja 88jam sehari (8 jam x 11 kali ganda) supaya kami dapat beli rumah teres setingkat?

• Kena kerja 66.4jam sehari (8 jam x 8.3 kali ganda) supaya kami dapat beli Honda Civic?

• Kena kerja 25.6jam sehari (8 jam x 3.2 kali ganda) supaya kami dapat makan Double Cheeseburger McD?

Macam mustahil je Pakcik. Setiap orang ada masa 24jam sahaja sehari. Ok lah pak cik, to be fair wife saya pun kerja. Saya ada 24jam, wife saya 24jam. So, keluarga saya ada 48 jam sehari.

Nak beli Honda Civic pun tak lepas lah pak cik sebab nak beli Honda Civic kena kerja 66.4jam sehari! Lepas tu mesti pak cik cakap, “Dah tau tak mampu. Kenapa nak beli rumah teres? Kenapa nak pakai Honda Civic?” Baik Pakcik.. Saya ubah lifestyle saya.

RUMAH

Tak mampu beli rumah landed macam pak cik, beli PPR je lah. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu pak cik beli rumah teres RM25,000 kan?

So,
RM 35,000 / RM 25,000
Result = Kenaikan 1.4x ganda

 

KERETA

Pakai Axia second hand je lah RM 25,000. Dulu pak cik pakai Honda Civic harganya RM13,000 kan?

So,
RM 25,000 / RM 13,000

Result = Kenaikan 1.9 kali ganda

McD?

Tak payah makan lah sebab tak mampu.

Make sense lah kot nampaknya.. Kata orang, ukur baju di badan sendiri kan.. Tapi pelik ye? Gaji naik 2 kali ganda tapi lifestyle saya tak sama dengan pak cik dulu-dulu. Tu tak masuk lagi cerita belanja harian. Belanja nak membesarkan anak, belanja bayar PTPTN, MARA.. Hairan saya pak cik.

So, apa isu yang sebenarnya? Generasi saya ni MANJA ATAU KUASA BELI KITA YANG BERKURANG pak cik? Fikir-fikirkanlah.

Nampak je gaji tu dua kali ganda, tapi harga barang pun berganda-ganda. Apa pendapat anda mengenai perkara ini, adakah anda setuju bahawa golongan muda zaman sekarang manja?

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂