12 Hari Suami Hilang, Rupanya Kahwin Lain & Siap Bawak Isteri Baru Pergi Honeymoon

Pasti ramai tahu sekarang hangat diperkatakan mengenai drama Layangan Putus yang sedang menjadi fenomena sedang disiarkan di Indonesia.

Namun, ramai tidak tahu drama tersebut drama tersebut merupakan adaptasi dari kisah sebenar oleh penulis novel asalnya iaitu Mummy ASF.

Malah, Mummy ASF sendiri merupakan isteri yang menjadi mangsa kecurangan isteri dan pemegang watak Kinan di dunia nyata.

Berkongsi cerita mengenai rumah tangganya, usia pernikahannya sudah menganjak ke lapan tahun dan ketika itu bakal menimang cahaya mata kelima namun bayinya itu meninggal dunia.

Kata Mummy ASF lagi, rumah tangganya harmoni malah perhubungan mereka suami isteri sentiasa hangat kerana suaminya sering menggodanya.

Namun terjadi perkara di luar jangkaan apabila suaminya menghilang selama 12 hari tanpa khabar berita dan turut membawa pasport bersama.

Apabila dihubungi, suaminnya berkata dia mempunyai urusan di Jakarta dan tidak membenarkan dia isterinya ke sana.

Sebaik sahaja pulang selepas 12 hari menghilang, suaminya tidak menjelaskan apa pun, malah tiada kata maaf daripada lelaki berkenaan.

Perkara mengejutkan terjadi selepas setahun kemudian apabila Mummy ASF berkata dia memberanikan diri untuk memeriksa telefon suaminya yang disorokkan di rak buku.

Tiada kata-kata dapat diungkapkan apabila dia melihat ratusan foto suaminya dengan isteri baru berbulan madu di Cappadocia yang merpakan destinasi impian Mommy ASF.

Ujian menimpa lagi, apabila anak kelima yang dikandungnya itu meninggal dalam kandungan. Kecewa dengan apa yang terjadi, Mommy ASF nekad untuk menuntut talak pada 19 September 2019.

Meskipun sudah bercerai dia tidak lupa bahawa empat anaknya itu masih memperlukan bapa mereka dan tidak bermusuh dengan bekas suaminya.

Katanya lagi, dia mengakui kesal melihat empat orang anaknya membesar tanpa ayah disisi namun tidak menyesal berpisah dengan suami kerana yakin anak-anaknya akan hidup lebih bahagia kerana mempunyai dua ibu.

SUMBER: Kisah Dunia & Popmama