14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

Sejak dua hari lalu gempar apabila negara dikejutkan dengan jumlah kes positif COVID-19 yang kembali naik menjadi tiga angka. Perkara itu sekaligus menimbulkan kebimbangan jika terpaksa menjalani kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih membimbangkan apabila seorang individu yang disahkan positif COVID-19 menerusi kluster Sungai di Kedah dilaporkan telah melawati 14 lokasi di Langkawi pada minggu lalu.

Difahamkan, individu tersebut telah berada di Pulau Langkawi pada 5 September dan telah meninggalkan pulau tersebut pada keesokan harinya pada 6 September.

Laporan memberitahu pihak kesihatan telah mula menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap individu rapat yang berada di kawasan berkenaan bermula jam 2 petang semalam.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mohd Lutpiyudin juga meminta kontak rapat yang berisiko dari 14 lokasi tersebut untuk datang dan membuat ujian saringan.

SUMBER: Bernama