2 Tahun Dihina Mandul Sampai Alami Tekanan, Suami Menangis Teresak-Esak Dapat Tahu Isteri Hamil

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap sesebuah rumah tangga. Namun tidak semua pasangan diberikan rezeki dengan cepat, malah ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapat zuriat.

Seperti isteri YouTuber terkenal Aliff Irfan iaitu Bella yang berdepan kata hinaan netizen yang mengatakan dirinya mandul kerana masih belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun berkahwin.

Lebih memilukan wanita itu berkongsikan dia mengalami tekanan dengan kata-kata hinaan netizen. Namun dia tetap sabar serta percaya dengan perancangan Allah.

Bagaimanapun, perkongsian Bella semalam menjadi perhatian ramai apabila memaklumkan berita gembira serta meluahkan rasa syukur dirinya kini disahkan hamil.

Menerusi video dikongsikan, Bella memaklumkan berita gembira itu pada adiknya yang seakan tidak percaya dan menangis kerana terlalu gembira.

Bella kemudian memanggil ahli keluarganya untuk membuat kejutan pada suaminya, Aliff Irfan. Suaminya menangis teresak-esak sebaik sahaja melihat alat ujian kehamilan tersebut.

Lebih membuat netizen sebak, Bella dan Aliff menangis berpelukan seakan tidak percaya dengan rezeki zuriat buat mereka itu.

Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Dalam pada itu, ada segelinrit netizen turut meminta agar mendoakan mereka yang turut sama menanti agar dikurniakan zuriat.