Pejam celik rupanya sudah 20 tahun penyanyi Mark Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya Ezan atau Norazah Redzuan.
Memetik Kosmo, meskipun belum dikurniakan cahaya mata, Mark berkata dia akan sentiasa ingat pesanan bapanya untuk terus setia dengan isterinya.
“Saya masih ingat hari pernikahan kami genap 20 tahun lalu. Masa di masjid bernikah kita kan sudah berjanji depan imam dengan Allah, jadi saya kena pegang janji itu.
“Satu lagi saya ingin terus setia kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri buat kerana pertama kali ke Filipina, dia pergi seorang. Saya pula tak boleh keluar dari Malaysia ketika itu disebabkan nak dapatkan status pemastautin tetap.
“Apabila keluarga saya ajak balik Filipina, dia pergi seorang diri. Bapa kemudian hubungi saya cakap, kalau saya sakiti Ezan, dia suruh saya lupakan dia sebagai ayah,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Mark berkata dia menjadikan bapanya sebagai contoh ketua keluarga yang bertanggungjawab. Meskipun bapanya sudah tiada namun dia akan tetap berpegang pada janji.
“Pasangan kita adalah insan yang kita pilih untuk sehidup semati. Bapa saya saya pun memilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya.
“Apabila kita menjadikan seorang wanita itu peneman hidup, bermakna apa pun terjadi, kita sudah nekad untuk bersama-sama mengharungi kehidupan.
“Kita kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kita teruskan kerana sudah berjanji,” katanya.
SUMBER: Kosmo