2,200 Kru Malindo Air Diberhentikan, Ucapan ‘Signing Off’ Di Twitter Undang Sebak

Susulan pandemik COVID-19, banyak syarikat yang gulung tikar kerana tidak dapat menampung kos operasi. Termasuk, Malindo Airways Sdn Bhd juga terpaksa memberhentikan seramai 2,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil.

Sejak semalam, tular di laman Twitter rata-rata bekas pekerja syarikat penerbangan itu berkongsi posting ‘singing off’ selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi.

Lebih mengundang sebak, rata-rata mereka mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat penerbangan tersebut yang pastinya meninggalkan memori serta kenangan terindah.

https://twitter.com/AmNizham/status/1322696409728966656?

Malah, rata-ratanya memuat naik pelbagai gambar dan video bersama rakan seperjuangan. Rata-rata mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan redha di atas apa yang berlaku kerana industri penerbangan kini sedang tenat.

Terdahulu, Malindo Airways Sdn Bhd akan beroperasi pada skala yang lebih kecil terpaksa mengurangkan sehingga 2,200 pekerjanya dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan ekoran impak COVID-19 ke atas industri penerbangan.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu yang mempunyai seramai 3,200 pekerja memuktamadkan untuk mengekalkan hanya kira-kira 1,000 pekerja sahaja untuk meneruskan operasi.

Proses pemberhentian tersebut dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang kekal akan melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

SUMBER: BH Online