Jika sebelum ini kecoh apabila ada pihak membezakan pemikiran si pemarut kelapa dan bagi mereka yang ada ijazah doktor falsafah (PhD) yang sepatutnya menyokong piliharaya diadakan, apa yang kami nak sampaikan ini pun berkenaan PhD juga.
BACA: “Saya Tidak Akan Campur Urusan Badan Kehakiman Negara”
Memetik laporan BH Online, seramai 222 pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) yang menganggotai Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) sepakat menyokong pelaksanaan darurat diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membendung penularan COVID-19.
Presiden PINTAR, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, berkata pertubuhan itu turut menyokong pembentukan Jawatankuasa Bebas bagi memberi syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan darurat yang ditetapkan sehingga 1 Ogos nanti atau lebih awal bergantung kepada kes jangkitan.
“PINTAR turut menolak dan mengecam cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam waktu terdekat”
“Ini selaras dengan kegusaran Seri Paduka Baginda terhadap kenaikan mendadak angka jangkitan COVID-19 serta kesan bencana banjir ketika ini”
“Sekiranya penularan COVID-19 tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, ia akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara,” jelasnya kepada portal berita tersebut.
Selain itu, pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai; pakar Perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz; pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Dr Ahmad El-Muhammady Muhammad Uthman El-Muhammady dan pensyarah komunikasi, Prof Dr Abdul Muati Ahmad turut menyokong pelaksanaan darurat tersebut.
Agong berkenan darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Tambah Roslan, dia meminta semua pihak tidak mempersoal mahu pun mencabar pandangan Yang di-Pertuan Agong berhubung tahap penularan COVID-19 yang amat kritikal ketika ini.
Sumber: BH Online