23 Tahun Kahwin Tiada Kad Nikah, Pasangan Suami Isteri Nyaris Ditangkap Khalwat

Setiap kali cuti umum, pihak berkuasa sering membuat pemantauan dan menyerbu pasangan bukan mahram tinggal sebilik di hotel bagi mencegah maksiat berleluasa.

Tapi nasib tidak baik, ada juga pasangan suami isteri turut berhadapan dengan situasi tersebut. Lebih parah jika tidak membawa kad kahwin bersama.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Faridah Salleh berkongsikan dia dan suami ke Johor atas urusan kerja.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk menempah sebuah bilik hotel untuk bermalam. Namun, pada malam tersebut biliknya didatangi oleh pegawai jabatan agama.

Cemas sebaik sahaja mendengar pejabat agama yang mengetuk pintu, dia meminta kebenaran untuk menyarung tudung terlebih dahulu. Kemudian dia meminta pegawai wanita ada disitu barulah dia akan membuka pintu untuk keselamatan.

Katanya lagi, mujur suaminya ketika itu belum pulang kerana berjumpa dengan kawan lama kerana jika tidak kemungkinan mereka ibarat ditangkap khalwat kerana gagal menunjukkan bukti kad kahwin.

Dalam pada itu, insiden berlaku itu memberikan pengajaran bahawa mungkin kita sangkakan ianya perkara tidak penting namun sebenarnya sangat penting.

Diakhir perkongsiannya itu, dia turut menyeru orang ramai yang masih belum membuat kad nikah sepertinya untuk berbuat demikian walaupun sudah 23 tahun berkahwin.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang baru tahu kepentingan kad nikah. Malah, ada ada yang mengatakan mereka membawa fotokopi sijil nikah kemana sahaja kerana bimbang insiden itu berlaku.

SUMBER: Kisah Dunia