28 Anak Tak Sekolah, 4 Isteri Berhimpit Di Rumah Sewa, Bapa Tolak Bantuan Persekolahan Anak-Anak

Baru-baru ini tular perkongsian seorang sukarelawan Nur Ima Rahman yang berkunjung ke rumah sebuah keluarga untuk menghulurkan bantuan.

Keluarga tersebut hidup dalam keadaan daif dan kekurangan di dua buah rumah sewa. Apa yang mengejutkan, keluarga itu tinggal bersama anak seramai 28 orang dan 4 isteri.

Sudah masuk kali kedua bertemu dengan keluarga tersebut, Ima berkata kesemua anak-anak tidak bersekolah. Malah, anak-anak tinggal di rumah tanpa ada bilik khas untuk mereka.

“Anak 28 orang. Sulung 20an dah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet-deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri ke-4 kini sedang mengandung lagi. Menyewa 2 buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. 1 rumah ada 2 bilik. 1 bilik, milik 1 isteri. Anak-anak tidur mana? Berselerakkan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung (Katanya anak-anak perempuan di dalam bilik. Harap-haraplah betul).

“Anak-anak semua tak sekolah. Kata bapanya dia tak ada transport nak hantar anak-anak ke sekolah. Dulu pernah orang kebajikan bantu sewa van untuk anak-anak. Tapi anaknya keluar tak mahu duduk dalam kelas. Bapanya kata anak-anak minda usahawan, genius. Umpama burung, tak suka terkurung.

“Ini kali ke-2 kami jejakkan kaki ke rumahnya. Pukul 12.00 tengahari, ketuk pintu kuat, hampir 5 minit baru buka sebab isi rumah baru bangun tidur. Dan 5 minit pula tunggu dipelawa masuk, sebab masing-masing kelam kabut kemas rumah,” tulisnya.

Menurut Ima, lebih mendukacitakan adalah sikap ayah dan ibu yang seolah tidak bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan untuk anak-anak.

Menurut bapa yang juga ketua keluarga tersebut, anak-anak tidak bersekolah kerana tiada kenderaan untuk menghantar mereka. Bagaimanapun, Irma berkata sebelum ini sudah diberi bantuan van namun anak-anaknya tidak mahu duduk di dalam kelas.

Kata bapanya lagi, mahu menghantar anak-anak ke sekolah aliran tahfiz. Namun apabila pihak sukarewalan memberi cadangan untuk menghantar anak ke satu sekolah, si bapa pantas menolak kerana mahu anak-anak masuk sekolah pondok di Kelantan.

“Tak nak! Anak-anak saya semua hanya akan masuk ke Pondok Pasir Tumboh di Kelantan. Pondok terbaik di Malaysia,” kata si bapa.

“Sis terpana kejap. “Kelantan? Jauh tu. Ada kenal sesiapa ke kat tahfiz tu?,” tanya Ima.

Bapa : “Tak ada. Tapi itu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dah lahirkan ramai orang-orang hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. Nanti anak-anak saya semua akan sambung belajar di Cairo.”

Ima: “Ok baik. Bagus tu. Encik dah cuba aturkan ke macam mana nak masuk ke sana.?”

Bapa: “Nantilah tunggu isteri saya uruskan sekolah kerajaan.”

“Allahu. Saya fikir kalaulah anak-anak ini duduk di madrasah sudah tentulah ada makan minum, ada tempat beribadat sempurna, boleg tidur dengan selesa. Tapi hmm.. #Sabar#MogaAllahJagaAnak2Ini

“Maaf. Saya tak berniat untuk kongsikan benda negatif, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadaan ini. Kalau anda ada cara sesuai untuk bantu anak-anak ini dapat education dan nilai hidup yang lebih baik. Mohon bantuan. Sedih lihat wajah mereka,” katanya.

Bagaimanapun, posting tersebut sudah pun dipadam oleh Irmabagi menghormati keluarga tersebut dan memohon maaf kerana tidak berniat menviralkan posting berkenaan.

Namun, Ima berkongsikan khabar gembira apabila terdapat beberapa individu termasuk NGO sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

“Alhamdulillah. Asbab post siang tadi, public figure dan beberapa lagi NGO menghubungi sis dan sudi hulurkan bantuan buat anak soleh dan solehah. Insha- ALLAH kita support takat mana yang boleh.

“Jadi sis take down post tersebut. Bukan intention sis untuk viral pun. Buat anak-anak mungkin hari ni kamu semua rasa malu. Tapi suatu hari nanti, kamu akan bebas keluar dari kepompong dunia itu, kamu akan lihat dunia yang lebih indah.

“Yang tidurnya selesa, makannya cukup, dan boleh ketawa seronok mencari ilmu bersama kawan-kawan. Sis anggap kamu semua macam adik atau anak-anak sendiri. Satu hari nanti kamu semua akan faham,” tulisnya

SUMBER: Facebook Nurul Ima Rahman