3 Barang Simple Ini Buatkan Kehidupan Isteri Dan Suri Rumah Jadi Senang

Isteri merupakan salah satu anugerah yang sepatutnya kita hargai lebih-lebih lagi yang jadi suri rumah. Mungkin nampak mudah tapi percayalah, jika sehari diberi masa sehari untuk bertukar ‘jawatan’ sebagai suri rumah, belum tentu mampu lagi.

BACA: Gara-Gara Minta Gambar Tasik Dari Doktor Amalina, Nasib Suami Ini Menjadi Persoalan Netizen

Sebab itulah kadangkala isteri perlu dimanjakan atau paling tidak pun, buatlah surprise ke. Siapa yang tidak sukakan kejutan, bukan? Tapi janganlah buat surprise nak tambah satu lagi, memang dapat sebiji atas dahi nanti.

Sambil godek-godek laman e-commerce baru-baru ini, sempat juga tertengok beberapa barang yang mungkin nampak remeh tapi sebenarnya kalau beli, banyak faedahnya. Mari kami kongsi beberapa barangan yang boleh tahan menarik dan paling penting, fungsinya memuaskan.

1. Bekas Letak Sabun Viral

Bekas letak sabun ini sebenarnya macam satu ciptaan yang sangat bernas. Iyalah, kalau tidak sebelum ini, span atau pembersih pinggan mesti bertakung sekali dengan air sabun. Silap-silap, boleh jadi busuk pula.

Guna bekas letak sabun ini bagus sebab merapikan lagi kawasan dapur atau pun sinki.

2. Penapis Span Atau Sisa Makanan

Ha, ini lagi penting sebab boleh elak sinki daripada tersumbat. Bila sudah tersumbat, faham-faham sajalah – silap-silap kena panggil tukang paip pula nanti.

Cuba bagi suami basuh pinggan sekali, agak-agak dia buang ke mana sisa-sisa makanan agaknya?

3. Kain Mikrofiber Norwex

Bila bercakap bab Norwex ini, serius payah betul nak percaya sebab dia nampak macam kain bodoh saja. Tapi bila sudah guna, memang tak cari lain terus. Lagi best sebab dah jimat tak perlu beli produk pencuci lain untuk nak hilangkan minyak.

Guna Norwex ini cuma tambah air paip saja, kemudian sentallah bahagian dapur atau meja atau mana-mana permukaan yang anda mahu waima muka suami anda sekali pun.

Sekali beli confirm puas hati sebab boleh jimatkan duit untuk beli produk pencuci tambahan. Masa pun jimat sebab tak payah nak bancuh atau guna sabun bagai.

Kalau nak banyak lagi bukti sebelum anda beli, klik saja sini. Nak lagi senang, mintak saja suami belikan, barulah bertambah sayang,kan?

4. Tempat Simpan Lauk Bertingkat

Ingat lagi tak masa zaman dulu, kalau makanan tak habis mesti simpan dalam almari yang ada jarin-jaring halus,kan? Rindu zaman dulu, lagi-lagi kalau simpan ikan goreng – esok guna ikan itu untuk buat nasi goreng pula.

Itulah kisahnya dulu, tapi sekarang sudah berbeza. Tempat simpan lauk bertingkat ini memang win sungguh sebab dah menjimatkan ruang. Berbeza dengan tudung saji, guna tempat lauk simpan bertingkat ini rasa macam canggih sikit selain terjamin semuanya tertutup rapat.

Hargai Isteri

Mungkin apa yang dikongsikan ini nampak remeh tapi percayalah, sedikit sebanyak dapat memudahkan kerja orang rumah. Jika suami yang jadi suri rumah, pasti dia gembira. Orang yang duduk dapur saja faham benda-benda macam ini. Hadiahkan pada ibu bapa pun okay jugak,kan?

Semoga perkongsian ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan anda dan dipermudahkan segala urusan.