3 Bulan Berlakon Pergi Kerja, Lelaki Dedah Tak Sampai Hati Beritahu Isteri Dibuang Kerja

Susulan wabak pandemik COVID-19, ramai yang terkesan lebih-lebih lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lalu sekaligus memberi kesan kepada ramai pekerja sehinggakan ada yang terpaksa diberhentikan.

Mengimbau kembali detik sukar itu, seorang lelaki berkongsikan kisahnya sewaktu PKP bersama stesen radio Suria FM pagi tadi dimana dia kehilangan kerja dan tidak sampai hati untuk memberitahu isterinya mengenai berita buruk itu.

Menceritakan kisahnya, lelaki itu memberitahu dia kehilangan kerja ketika PKP dan tidak memberitahu isterinya, namun dia masih keluar setiap pagi untuk melakukan kerja sampingan.

Ujarnya lagi, setiap pagi dia keluar seperti biasa dengan memakai baju kerja tetapi dia membawa baju persalinan bersama untuk ditukar.

“Setiap kali saya keluar pergi kerja saya keluar macam biasa. saya naik motor tapi tak beritahu saya dibuang kerja.

“Sebab rasa serba salah nak bagitahu sebab rasa tak sampai hati nak bagitahu dibuang kerja. Semua orang tengah struggle cari kerja sekarang,

“Saya buat lah kerja harian, tak kisah lah. Saya keluar pakai macam biasa, tapi sebenarnya saya ada baju salin saya dalam motor,” kongsinya kepada Suria FM.

Katanya lagi, selama tiga bulan dia berlakon di hadapan isterinya sehinggalah dia dipanggil dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga bersama syarikat baru pada pertengahan bulan ini.

Mengimbas kemmbali mengenai temuduga tersebut, lelaki itu ada memberitahu isterinya mengenai perkara itu namun tidak tidak memberitahu dia telah diberhentikan daripada pekerjaannya sebelum ini.

Dalam pada itu, lelaki tersebut sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang turut berdepan nasib sepertinya agar tidak berhenti berusaha untuk mencari pekerjaan dan percaya pada diri sendiri.

“Alhamdulillah nak dijadikan cerita 14 September saya dapat kerja. Pergi interview saya beritahu (isteri) saya dapat interview, dibuang kerja saya tak beritahu.

“Saya cuma nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja atau  on the way (dalam perjalanan) cari kerja, percaya dengan diri sendiri, kita usaha Allah tolong kita,” katanya.

SUMBER: Suria FM & The Vocket