3 Hobi Si Suami Yang Boleh Buat Lelaki Lupa Isteri

0
5532

Sebelum kita bermula, nak tanya dulu. Betulkah anda betul-betul kenal pasangan anda? Jika ya, pasti anda tahu apa benda yang menjadi kegemaran pasangan atau senang kita, hobi mereka lah.

BACA: “Kalau Ada Masalah Bawa Bincang Suami Oiii, Bukan Berzina Dengan Perempuan Lain”

Sedar atau tidak, hobi ini merupakan salah satu perkara yang boleh buat kita lupa dunia kejap. Contohnya kalau bagi isteri yang suka menjahit atau pun buat kuih, janganlah nak diajak bersembang atau sibuk nak tolong, memang tak dilayan.

Perkara ini sama juga dihadapi oleh sang suami. Biasanya kalau tengah layan sangat dengan hobi mereka, memang tak hirau sampai sudah. Kami kongsikan 3 hobi utama yang berpotensi membuatkan isteri tidak dihiraukan suami. Kalau ada lebih, tambahlah lagi nanti di ruangan komen ya.

1. Memancing

Cakap bab memancing ini, penulis teringat perangai bapa penulis sendiri. Ketika di zaman mudanya, memang seronok sungguh ikut kawan-kawan memancing. Pantang ada cuti, ada sajalah kawan-kawannya mengajak pergi port baru.

Itu belum lagi bila dia sembang bab peralatan dan juga kehebatan batang pancingnya. Kita yang tak berapa nak tahu ini, terkebil-kebil saja dengar.

Memang seronok bila balik rumah bawak balik ikan atau udang tapi itulah, pada tahap ini, kesabaran dan juga rasa percaya si isteri adalah penentu batasnya. Ada yang keluar berhari-hari pergi memancing, kalau balik banyak hasilnya, legalah sikit hati,kan?

Bagi suami, pancinglah ikan yang sebenar, janganlah pancing madu sedangkan isteri di rumah itu setia menanti. Malaslah nak sembang pasal kahwin lain, lelaki ini ada saja jawapan kalau bab nak tambah isteri.

2. Permainan Video

Tabiat bermain permainan video atau video games ini biasanya bermula dari usia remaja membawa ke tua. Ini pun salah satu hobi yang boleh kira macam si suami ini terus hilang dalam dunia sendiri.

Bagi pihak lelaki pula, kepuasan dalam bermain video games ini terletak jika mereka menang atau pun dapat melepasi halangan setiap level yang mereka main itu. Namun inilah antara punca yang membuatkan keluarga terabai. Terkapai-kapai isteri nak jaga anak seorang diri.

Kadang-kadang makan pun boleh terabai apatah lagi hubungan kekeluargaan. Bukan tak boleh tapi biarlah berpada-pada. Masa dengan keluarga ini bukanlah kita boleh jamin esok ada lagi.

Basikal

Berbasikal ini kalau kita imbas balik ketika masa kecil, hanyalah sekadar sukan santai petang-petang. Tapi semakin kita besar, rupanya sukan berbasikal ini mampu menjadi satu ketagihan, lebih-lebih lagi jika dilakukan secara berjemaah.

Lagi jauh perjalanan, lagi menarik kalau berbasikal ini tapi kadang-kadang bila sudah ramai-ramai itu, pasti muncul kenalan baru,kan? Buat lelaki yang sudah bergelar suami, pasti boleh jaga batasan sendiri sambil membayangkan muka isteri di rumah.

Tapi isteri jangan risau, dalam situasi ini, anda boleh mintak suami belikan basikal baru dan sama-sama ride, nak rentas negeri pun tiada masalah. Tapi suami carilah pakaian berbasikal yang bagus untuk isteri, risau nanti ‘belanja’ buat mereka yang di belakang pula.

Kesimpulan

Hobi ini sebenarnya adalah sesuatu yang bagus. Ketiga-tiga hobi yang kami kongsikan di atas ini pun sebenarnya tak salah cuma yang paling penting di sini adalah pembahagian masa dan juga sifat tanggungjawab terhadap pasangan.

Jika pasangan boleh join sekali, lagi meriah atau paling tidak pun, bertoleransi dengan situasi masing-masing. Jika anda ada kisah menarik mengenai hobi pasangan anda, bolehlah kongsi dengan kami.