3 Punca Utama Jadinya Perang ‘Persahabatan’ Antara Sheila, Lan Solo, Syura Terhadap Siti Nordiana

Hilang kawan bukanlah satu perkara yang sering berlaku ketika kita berada di sekolah rendah atau pun masa kecil saja tetapi sebenarnya ia adalah salah satu proses yang berlaku selagi kita ada kawan.

BACA: Jual Set Mewarna Sampai RM220, dUCk Sekali Lagi Dikecam Netizen

Kalau tak percaya, anda boleh tengok isu yang melanda di antara penyanyi Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim dan juga Syura Badron.

Mungkin kelihatan remeh namun pada dasarnya, setiap manusia mempunyai batasan – sama ada di pihak Lan, Sheila dan Shura mahu pun Siti Nordiana sendiri.

Bak kata pepatah, pokok tak bergoyang kalau tiada anginnya atau lagi senang cakap, setiap perkara yang terjadi pasti ada puncanya.

Dalam kes Nana dan rakan-rakannya ini, terdapat 3 perkara yang dikongsikan mereka yang membawa kepada perkongsian secara terang-terangan di laman sosial.

Kami kongsikan kronologi atau pun 3 perkara penting yang dikongsikan mereka dalam sesi live sebelum ini yang seterusnya membuatkan Nana mahu mengambil tindakan undang-undang kepada mereka.

1. Sheila & Lan Makan Tak Bayar

Memetik laporan Bh Online, Sheila dan Lan sudah tidak dapat menahan sabar lagi gara-gara tuduhan – makan tak bayar.

Menurut Sheila dia mendakwa bahawa Nana dan juga pengurusnya, Anas telah menyebarkan berita mengenai mereka yang dikatakan hanya menunggu duit Nana setiap kali keluar bersama.

“Saya terkilan kerana makanan menjadi darah daging. Kami pernah makan di sebuah restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja, itupun saya hulur”

“Saya hargai semua jasa Nana. Namun, saya terkedu apabila dituduh makan tidak bayar dan tunggu duit Nana sahaja. Saya terfikir bila masa kami makan tidak bayar,” jelas Sheila dalam kenyataan kepada portal berita tersebut.

2. Tumpang populariti Nana

Point kedua ini pula adalah melibatkan ketiga-tiga figura tersebut di mana mereka mendakwa Nana dan juga pengurusnya menyebarkan dakwaan ‘tumpang populariti” kepada beberapa rakan di stesen televisyen.

Menurut Syura, tiada langsung niat mereka untuk berbuat sedemikian lebih-lebih lagi mereka sudah pun berkawan dan melalui zaman susah senang hampir 20 tahun.

3. Produksi Enggan Bagi Job

Berikutan dengan dakwaan tersebut itu juga menyebabkan produksi enggan memberikan mereka job, seperti apa yang dikongsikan oleh Syura.

“Semua perkara dilakukan bersama. Nana rasa kami mahu menumpang popularitinya. Kami tidak pernah ada niat seperti ini. Bagus juga perkara ini berlaku, jadi lebih kenal antara satu sama lain”

“Kalau betul kami bermasalah, jawab mesej. Berhenti cerita mengenai kami dengan pihak produksi. Kita bersemuka”

“Saya berdoa masalah ini diselesaikan dengan cara baik. Kami juga tiada niat mahu menghasut netizen,” kongsi Syura lagi.

Puncanya kepada sesi live tersebut adalah kerana mereka sebelum ini sudah menghubungi Nana namun tidak pernah berbalas.

Dalam kemaskini terbaru, Nana sudah pun menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada 5 individu yang terlibat dalam sesi live yang diadakan baru-baru ini.

Sumber: BH Online