4 Kali Saja Disentuh Sepanjang Kahwin, Suami Nafsu Songsang Jangkitkan Pulak Penyakit Kelamin

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti impikan mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun, tidak siapa mampu meramal masa depan.

Menerusi satu program Aduan Jiwa yang disiarkan di TV9, seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu suaminya mempunyai nafsu songsang.

Lebih mengecewakan, dia hanya mengetahui perkara itu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Berkongsi cerita di awal perkenalan, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi itu berkata dia mengenali suaminya menerusi orang ketiga.

Selepas setahun perkenalan, mereka memutuskan untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga setelah mendapat persetujuan kedua keluarga. Kata Dewi lagi, mereka berkahwin bukan atas dasar cinta kerana dia juga tidak mengenali suaminya.

Selepas beberapa tahun berkawhin, wanita merasakan kurang sihat dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Dia menerima keputusan mengejutkan apabila menghidap STD (sexually transmitted diseases).

Katanya lagi, selepas disahkan menghidap penyakit itu dia tidak mengesyaki ianya datang daripada suami.

“Lepas keputusan keluar, saya dapat tahu yang saya ada STD. Saya tak syak yang ‘perkara’ itu daripada dia sebab saya fikir saya ada juga ambil beberapa ubat hormon.

“Saya ingatkan yang saya dapat infection tu daripada masalah kesihatan saya juga,” katanya.

Sepanjang mendirikan rumah tangga, Dewi berkata suaminya tidak pernah memberi nafkah, malah memakinya dengan menggunakan kata-kata kesat.

Bukan itu sahaja, suaminya hanya menyentuhnya sepanjang tiga atau empat kali sahaja dalam masa setahun.

Lebih menyedihkan, disebabkan penyakit yang dihadapinya itu, dia turut disahkan menghidap Pelvic Inflammatory Disease menyebabkan sukar untuk mendapatkan cahaya mata.

“Masa tu saya tak syak lagi yang dia ada hubungan terlarang ke apa saya hanya ingat yang dia beronani sendiri sebab saya jumpa minyak-minyak.

“Bila tanya memang dia tak pernah jawab dan saya tak tahu pasal social life dia. Handphone dia saya tak pernah bagi tengok ke apa,” katanya.

Akhirnya Dewi mengetahui punca penyakitnya itu adalah daripada suaminya yang menjalin hubungan songsang selepas rakannya memberitahu suaminya pernah menyertai kumpulan LGBT sebelum berkahwin.

“Sebelum kahwin salah seorang kenalan dia bagitahu suami saya pernah join group LGBT semua tu. Saya pernah cakap dengan dia yang saya nak berpisah sebab saya tak nak terus dia jadi beban dalam hidup dan rasa emosi saya terganggu.

“Saya bertahan sebab keluarga dan silap saya sebab saya masih berharap dengan orang yang salah. Saya ingatkan dia akan berubah,” katanya.

Tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut, Dewi berkata dia dan suaminya membuat keputusan untuk bercerai dan bekas suaminya itu masih merahsiakan hubungan songsangnya itu.

SUMBER: Oh Bulan & YouTube