5 Inisiatif MyDIGITAL Ini Bukti Kerajaan Mahu Bangunkan Ekonomi Digital

Umum mengetahui, hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengenalan pelan inisiatif MyDIGITAL sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan ekonomi digital.

Ia selaras dengan perkembangan Malaysia sebagai negara dengan ekonomi maju dari segi teknologi menjelang 2030 serta pemulihan sosio ekonomi terutamanya di saat-saat penting seperti sekarang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Imri Mokhtar, mengucapkan tahniah kepada kerajaan di atas usaha komprehensif MyDIGITAL – Rangka Tindakan Ekonomi Digital itu.

Turut memainkan peranan penting dalam pelan tersebut, Telekom Malaysia TM selaku Peneraju Jalur Lebar Malaysia menyediakan 5 inisiatif untuk menjayakan MyDIGITAL.

TM komited untuk mempercepat jangkauan hubungan negara menerusi JENDELA. TM menyokong JENDELA dan merupakan penyumbang aktif dan utama di seluruh negara dalam usaha penyeragaman untuk meningkatkan liputan dan kualiti jalur lebar.

TM akan terus memperkukuh aspek kesalinghubungan global negara dan ekosistem kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi antarabangsa, rakan kandungan dan syarikat mega digital atau ‘hyperscalers’.

Rangkaian global TM yang terus berkembang merangkumi lebih 20 kabel dasar laut sepanjang 190,000 kilometer, sentiasa bersedia untuk menyokong permintaan membabitkan kesalinghubungan global MyDIGITAL.

TM membolehkan pengguna di setiap peringkat mendapat akses dan menikmati pengalaman ketersambungan bagi memudahkan lagi gaya hidup, kerja lebih digital menerusi hubungan kukuh kami dengan syarikat telekomunikasi, rakan kandungan dan syarikat mega berkaitan.

TM juga amat berterima kasih kepada kerajaan kerana syarikat itu menjadi satu-satunya pengendali awan Malaysia yang menerima ‘Cloud Service Provider’ (CSP) atau Penyedia Perkhidmatan Awan bagi sektor awam berserta lantikan ‘Managed Service Provider’ (MSP) sebagaimana diumumkan oleh Muhyiddin