5 Pusat Beli Belah Di Lembah Klang Ini Dikesan Ada Kes COVID-19

Nampaknya Malaysia masih belum menang lagi dalam memerangi wabak pandemik COVID-19 apabila sejak beberapa hari ini kes yang dicatatkan mencapai tiga angka sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat.

Sehingga semalam, 150 kes baru dicatatkan dimana 124 kes di Sabah manakal 24 kes lagi di Semenanjung Malaysia. Lebih membimbangkan ia turut melibatkan beberapa pusat beli belah terkenal di kawasan Lembah Klang.

1. Suria KLCC

Pusat beli belah terkemuka itu dilaporkan mempunyai kes COVID-19 selepas salah seorang ahli pusat gym, Babel Fit dikesan positif wabak berkenaan. Perkara itu disahkan oleh pihak Suria KLCC menerusi satu kenyataan Sabtu lalu.

Individu berkenaan yang pernah datang ke gim cawangan KLCC sebanyak empat kali dan dua kali di cawangan TTDI (antara 9-17 September) dikatakan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuklah ke zon berisiko tinggi sebelum disahkan positif pada tarikh berkenaan.

2. The Linc KL

Dalam satu kenyataan 24 September lalu, pihak pengurusan The Linc KL memaklumkan salah seorang ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak yang mengikuti program setengah hari di Trinity Kids pada 17 September lalu telah positif COVID-19.

3. KL Gateway Mall

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan KL Gateway mengesahkan salah seorang kakitangan di Menaga Suezcap 1 Office dikesan positif COVID-19 pada 25 September.

Bagaimanapun, dalam Namun pada 27 September, kakitangan berkenaan yang dikatakan baru pulang di Sabah telah disahkan negatif daripada wabak tersebut.

4. NU Sentral

26 September lalu, pihak pengurusan NU Sentral memaklumkan seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Sebagai langkah berjaga-jaga pihak Nu Sentral telah pun melakukan sanitasi di seluruh pusat beli belah berkenaan mengikut SOP yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

5. Sunway Pyramid

Pihak pengurusan pusat beli belah Sunway Pyramid mengesahkan terdapat kes COVID-19 membabitkan seorang kakitangan sebuah premis barangan sukan pada 26 September lalu. Difahamkan kakitangan tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke tempat yang berisiko tinggi.