5 Realiti Menyakitkan Yang Kita Kena Hadap Kerana Covid-19 Ini

Siapa masih ingat lagi perancangan pada tahun 2019. Tahun 2020 akan jadi tahun terbaik, tahun 2020 akan jadi masa untuk kita menyinar dan macam-macam lagi harapan terbaik.

BACA: Kerana Rindukan Ayah Di Singapura, Ibu Bawa Anak Lambai Dari Bot

Namun kita hanya mampu berharap dan segalanya sudah ditentukan Tuhan. Kehadiran Covid-19 membuatkan beberapa industri besar yang gah turut tersungkur, apatah lagi yang kecil-kecilan ini.

Memandangkan kita pun sudah menghampiri akhir tahun 2020, kami kongsikan 5 realiti yang kebanyakan kita terpaksa lalui ketika ini.

1. Hilang kerja & Tempat Bergantung

Ini mungkin perkara yang menimpa ramai daripada kita. Jika dulu penuh kebergantungan kepada syarikat kita bekerja, namun kini semuanya berakhir. Gaya hidup dulu memang terpaksa dilupakan.

Lebih parah lagi buat mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak ramai. Ke mana lagi kebergantungan dan pengharapan nak diletakkan. Tak mustahil ada ketua keluarga yang terduduk dan menangis sendiri.

Bertabahlah kalian, setiap terowong gelap pasti ada cahaya di penghujungnya.

2. Sekarang Dah Tak Macam Dulu

Jika dulu setiap kali majlis pernikahan pasti meriah dengan kehadiran keluarga dan saudara mara. Tiada lagi salam bersalaman ketika majlis.

Atau mungkin boleh buat open house bila ada kelapangan. Semua sudah berubah kini demi melawan peningkatan kes yang semakin drastik ketika ini.

3. Ramai Tiada Simpanan

Kehilangan pekerjaan sudah cukup memeningkan kepala inikan pula duit simpanan. Dengan gaji yang tidak seberapa dan keperluan bulanan yang semakin meningkat, berapa sangatlah yang mampu tersimpan.

Situasi sebegini pastinya menimbulkan tekanan yang maha dahsyat buat sesiapa pun namun apa yang melegakan adalah apabila ramai yang kembali bangkit – demi keluarga, demi sesuap nasi setiap hari.

4. Perpecahan Keluarga

Tekanan demi tekanan dan tiada tempat untuk berkongsi masalah, mendorong kita untuk membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Ditambah lagi dengan situasi semasa yang membuatkan kita terperuk di rumah, ia mampu mengundang pelbagai masalah.

Ada pasangan yang sudah biasa keluar bekerja tapi kini perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing satu hari, akhirnya berpisah dan ada juga yang menjadi mangsa pergaduhan.

Di saat sukar ini, cara terbaik adalah untuk duduk berbincang dan mendapatkan satu penyelesaian. Tidak kisahlah berapa kali pun perlu berbincang, buatlah demi keluarga tercinta.

5. Kerakusan Ahli Politik Merebut Kuasa

Gambar: RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Percaya atau tidak, situasi politik negara kini dalam keadaan tenat. Masing-masing mahu mengejar kuasa sedangkan bagi kebanyakan rakyat masih berjuang demi rezeki hari esok.

Semakin hari semakin banyak keputusan yang dilihat tidak logik pada situasi semasa dan yang terpaksa menanggung akibatnya adalah kita.

Kesimpulannya, tiada perkara lain yang mampu kebanyakan kita lakukan selain daripada terus bertahan dan berusaha memperbaiki kekurangan di waktu genting sebegini.

Cubalah untuk bangun walau sepayah mana sekali pun kerana pada waktu sukar inilah nanti yang bakal melahirkan individu yang lebih kuat di masa hadapan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.